Tuesday, January 15, 2008

Yahudi Jajah Melalui Fikiran, Budaya Dan Filem...

BARA api di atas dapur pun membakar garang. Membakar daging-daging pejal sate yang kami pesan. Bila dikipas, meletit-letit. Meletup-letup. Sesekali apinya menyambar, menambah indahnya suasana malam di kedai itu. Manusia mundar-mandir tambah meriahnya lagi. Kedai itu berhampiran panggung wayang gambar dalam bandar Pattani. Bandar dalam kawasan majoriti Islam, dalam negeri Buddha negara Gajah Putih itu.



“Mu semua duduk dulu sementara nak tunggu sate masak, aku nak lihat-lihat di luar panggung tu…” Aku minta diri sebentar.

Kelmarin semasa aku berada di luar pekan Pattani, aku lihat sebuah lori melintas. Dindingnya dipenuhi poster-poster wayang. Besar-besar. Berkeliling bandar dan kampong berdekatan. Iklan juga melalui pembesar suara. Macam juga di kampungku Balik Pulau Pulau Pinang dulu-dulu, waktu aku masih kecil. Apabila ada tayang wayang di pekan Kongsi, kereta seperti itulah round rata kampong mengiklannya. Sekarang dah tiada lagi.

Gambar-gambar yang kulihat kelmarin itulah, yang kini terpampang depan pintu masuk panggung. Gambar wanita tak berpakaian, sama besar dengan manusia. Di samping gambar-gambar lain yang juga menjolok mata. Menjolok perasaan dan nafsu. Tetapi bagi kumpulan dan pasangan anak-anak muda yang ramai menunggu depan panggung di situ biasa saja. Macam juga kumpulan-kumpulan Mat Rempit di Malaysia, bercampur baur lelaki perempuan antara mereka. Pakaian dan gaya, tiru-tiru remaja di negara barat.

Masih terbayang lagi pengalamanku menonton wayang di Karachi Pakistan. Walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Aku bersama kawanku, seorang pelajar universiti di sana. Dari jauh aku macam tak percaya ada di depan panggung wayang malam itu. “Eh… Panggung wayang ke ni?” Aku bertanya. Sewaktu bertembung dengan penonton-penonton serentak keluar menonton dari panggung.

“Kenapa?” Kawanku seperti tersentak.


“Seperti di masjid.” Balasku pendek, seolah-olah bergurau. Tetapi sebenarnya tidak. Kerana ramai yamg keluar panggung wayang itu macam orang keluar dari masjid. Pakaiannya sama dengan pakaian orang ke masjid. Kadang-kadang ada yang berkupiah. Nampak agak bersopan. Tiada wanita-wanita. Kalau ada pun kebanyakannya bukan Islam. Tiada anak-anak muda berpakaian dan berkelakuan menjolok mata atau tak senonoh.

“Kau tahu, orang-orang di sini rata-rata memakai pakaian tradisi dalam tiap kehidupan harian mereka. Ke masjid, ke panggung, sama saja. Kadang-kadang ada yang berkupiah dan berserban.” Dia menerangkan. “Pakai macam kamu ni… berkemeja dan berseluar tebal, tidak longgar ala koboi… amat asing bagi mereka. Pakaian yang sering dipakai oleh orang-orang Kristian di sini. Jadi tidak heran jika mereka menganggap kamu orang Kristian. Begitu juga kalau ada wanita pakai gaun atau pakaian menjolok mata ala barat, tentu mereka dianggap orang Kristian. Ini, di bandar besar Karachi yang terdedah dengan pengaruh luar, kalau di pekan-pekan kecil dan pendalaman lebih sensitif lagi.”

Pernah terjadi sewaktu aku meminta minuman kepada penjaja tepi jalan, disebuah pekan kecil utara Pakistan. Penjaja itu tidak berapa layan. Tapi bila aku beri salam, dia bertanya, Islam? Aku angguk. Baru dia layan aku dengan mesra. Begitu juga waktu aku berbaris hendak ambil tiket keretapi, ucapan salam boleh beri syafaat percepatkan tanpa ikut giliran. Dhief!, dhief!, mereka layan aku sebagai tetamu kehormat. Semasa aku keluar dengan kawanku orang tempatan, dia suruh aku pakai pakaian seperti mereka. Jangan sampai kamu dianggap orang kafir! Katanya.

“Jom kita menonton?” Aku ajak dia menonton. Kerana aku belum pernah lagi menonton wayang di Pakistan ini. Bila dia bersetuju, aku terus meluru ke kaunter tiket. Ada dua ruang. Satu dipenuhi orang berbaris menunggu giliran. Satu lagi masih kosong. Aku menuju ke ruang kosong itu.

“Nanti!” Jerit kawanku menahan. “Sejak bila kau jadi perempuan? Lihat ni!” Sambil jarinya menunjuk arah tulisan bahasa Inggeris di situ, ‘For Ladies Only’. “Ini ruang jual tiket untuk wanita sahaja!”

Tersipu-sipu aku. Teringat aku semasa menukar wang di Habib Bank kelmarin, juga ada ruang tunggu bertulis, ‘For Ladies Only’. Begitu juga di pejabat pos dan tempat-tempat awam lain. Ada lagi yang anehnya, walaupun bagi orang di sini tidak. Pernah sewaktu aku menaiki bas dari Pesyawar ke sebuah kampong di perdesaan. Aku termasuk kumpulan yang mula-mula naik bas itu. Aku duduk di tempat kosong di hadapan. Bas itu terus berjalan mengutip penumpang.

Apabila ada wanita naik, maka keutamaan tempat duduk akan diberi pada wanita, mulai dari belakang. Jika tidak cukup juga, lelaki terpaksa berdiri. Tiba-tiba bas berhenti lagi, walaupun isinya sudah penuh. Ada sekumpulan wanita bercadur menutup muka macam wanita-wanita lain juga naik. Memang itulah pakaian muslimat-muslimat Pesyawar. Dari jauh nampak macam khemah bergerak-gerak, payah nak pastikan mana depan, mana belakang.

Pemandu bas itu menjerit memberitahu supaya semua lelaki turun. Beri tempat duduk pada muslimat-muslimat hingga memenuhi bas. Perasaanku mulai bimbang dan cemas. Takut tertinggal. Kerana tidak ada lagi tempat kosong dalam bas. Tapi bagi mereka ada lagi tempat kosang. Itulah atas bumbung. Semua lelaki disuruh naik atas bumbung yang memang kuat dan teguh itu. Akhirnya bas yang bertulis di depannya ‘Tawakkaltu Alallah’ itupun berjalan terus tiada berhenti mengambil pemumpang lagi.

Terus membelah merentasi udara kampong berdebu yang hampir tidak pernah hujan. Sesekali penumpang di bumbung menjerit isyaratkan supaya tunduk, takut dirimbas ranting kayu dari pohon besar tepi jalan.

“Eh, Mat! Sate dah siap ni!! Mari…” Suara kawanku berteriak, mengejutkanku dari lamunan yang berpanjangan. Tangannya menggamit-gamit dari dalam kedai, ajak makan bersama. Aku pun menuju ke meja hidangan.

“Asyik betul mu lihat poster-poster wayang tu! Nak menonton ke?” Kawanku bertanya lucu. “Atau nak tengok gambar perempuan bogel…”

“Di sini, gambar-gambar lucah lebih dari itu lagi termasuk blue film pun mudah didapati, walaupun di tepi jalan. Apalagi bila teknologi semakin canggih.” Yang lain seorang ustaz tempatan menyampuk, sambil merentap lidi sate setelah memasukkan daging ke mulut.

“Begini, saudara!” Kataku sambil membetulkan tempat duduk dan mula bercakap. “Aku tengok dari sudut lain. Seperti tulisan seorang ahli bisnes Amerika Syarikat bernama Hendry Ford I, pengasas dan ketua Syarikat Motor Ford dalam bukunya ‘The International Jew’ terbitan 1920, tulisnya, … Panggung wayang gambar sudah lama masuk dalam program Yahudi untuk memandu, mempengaruhi dan menjajah fikiran manusia. Setiap minggu dan malam, panggung wayang akan menjadi teman rapat yang sentiasa utarakan idea-idea kehendak kuasa balik tabir tersebut…”

Mereka terus mengunyah sate perlahan-lahan, sambil menumpukan perhatian kepada kata-kataku. “Di Rusia misalnya, walaupun tiada apa-apa hiburan tetapi panggung wayang masih dikekalkan, disokong dan digalakkan oleh Bolshevis Yahudi. Bahkan perusahaan wayang gambar, perusahaan ke 5 terbesar di AS dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi. Sebab itu, dunia yang bertamaddun perlu tingkatkan lagi tentangan terhadap pengaruh keruntuhan akhlak dalam bentuk hiburan seperti pengurusan sekarang. Menurut Ford lagi.”

“Aah. Orang lebih suka tv.” Ada yang menyampuk.

Tapi ustaz itu menjawab, “Tv tu adalah panggung wayang yang dah dikecilkan. Supaya mudah anak isteri orang Islam atau tok-tok guru pondok yang tak mahu serta malu menonton di bandar, boleh tonton sendiri di rumah dengan bebasnya. Barulah mudah jarum penjajahan dicucukkan atas mangsanya.”

“Betul kata ustaz!” Aku terus menyambung cakapnya. “Sebab musuh-musuh Islam sedar, di mana umat Islam tidak boleh dijajah dan dihambat dengan muncung senapang semata-mata, tapi hendaklah dipisah lebih dulu Islam dari penganutnya. Memisahkan melalui dadah, arak, lagu hiburan, filem-filem, dedah aurat, campur baur lelaki perempuan dan sebagainya. Kadang-kadang radio dan tv kerajaan yang mengaku Islam pun tidak sedar, mereka telah berperanan seperti kemahuan musuh-musuh Islam ini!”

“Adakah ini juga suatu perancangan oleh musuh-musuh Islam?” Muncul satu lagi pertanyaan.

“Tentu! Rahsia tersebut pernah dibongkar oleh kerajaan Bavaria pada 1786 M melalui buku ‘The Original Writings of The Order and Sect of The Illuminati’, mengenai pelan jahat puluhan pendita dan banker Yahudi nak tawan dan jajah dunia. Mereka bergerak melalui akhbar-akhbar, parti politik, pendidikan termasuk teori-teori palsu, kegiatan kebudayaan termasuk filem, pertandingan- pertandingan dan pertubuhan sulit freemason.” Jelasku, sambil memegang sepucuk sate dan mencecah ke kuah.

“Sebab itu, bila orang Yahudi nak telanjangkan wanita kita mereka tak payah datang sini. Petik saja suiz di AS, maka pakaian wanita sini pun terlondehlah!” Jawab ustaz itu.

“Haa! Macam mana tu??” Ada yang tercengang-cengang nak tahu.

“Mudah saja. Mereka cipta ‘pakaian yang bertelanjang’ , disalorkan melalui toko-toko fesyen di AS, menjadi pakaian artis-artis mereka, disebar melalui media massa mereka hingga ditiru oleh artis dan muda-mudi kita. Tertariklah adik kakak di kampong, maka ber‘pakaian telanjang’lah keluarga kita, walaupun mulanya malu-malu lagi.” Terang ustaz. Baru yang lain merasa lega.

“Kalau begitu mudah sangatlah orang Yahudi memerangkap dan menelan kita?”

“Ya. Se mudah kita mengunyah dan menelan sate ini!!” Kataku sambil memasukkan se cucuk sate ke mulut. Tertawa kecil mereka, masing-masing terus mengunyah.

“Tapi, ada lagi…” Ustaz itu menambah. “Kecuali bagi orang yang mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup, termasuk menegakkan sebuah negara Islam yang merdeka.”

*POST DARI MYSPACE UNTUK KESEDARAN*

Sunday, January 13, 2008

Janganla Pisang Berbuah 2 Kali


aku taktau nak membantu mcmana, mungkin dgn ini aku dapat membantu. mak bapak, tolongla jaga anak masing2. Untuk manusia yg culik budak nih, satu Malaisie mengutuk ko, insyaAllah ko akan mati dalam keadaan paling hina sekali. AMIN..


Kecintaan aku pada uncle MOZ!

ah! ini bukan statement gay, tapi aku memang sgt2 gilakan pakcik berambot stylo ini. sempena hari AHAD ini, lagu ini ditujukan untuk semua rakyat MALAISIE. abg MOZ! i lap yu :p saya suka hari AHAD!



Trudging slowly over wet sand
Back to the bench where your clothes were stolen
This is the coastal town
That they forgot to close down
Armageddon - come armageddon!
Come, armageddon! come!

Everyday is like sunday
Everyday is silent and grey

Hide on the promenade
Etch a postcard :
How I dearly wish I was not here
In the seaside town
...that they forgot to bomb
Come, come, come - nuclear bomb

Everyday is like sunday
Everyday is silent and grey

Trudging back over pebbles and sand
And a strange dust lands on your hands
(and on your face...)
(on your face ...)
(on your face ...)
(on your face ...)

Everyday is like sunday
Win yourself a cheap tray
Share some greased tea with me
Everyday is silent and grey


Thursday, January 10, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1429H

kenapa aku tak ucapkan selamat tahun baru arituh? sebab aku tunggu tarikh nih. barulah betul tahun baru. harap tahun nih akan membuka pintu rezeki kepada aku, dah hubungan aku antara keluarga dan tersayang akan terus utuh. selamat berkenalan kawan2 baru, selamat mengeratkan persahabatan untuk kawan2 lama. aku sayang kamu semua! salam tahun baru dari aku untuk semua!

yang ikhlas
elly (lelaki kacak yg suke melihat kekacakan diri sendiri sahaja *sombong*)



Wednesday, January 9, 2008

Demam Rock Di Malaysia!

serius aku cakap, tahun nih memang masa yg tepat untuk band2 rokes muda Malaisie untuk beraksi. selamat tinggal music2 emo yg menjengkilkan. hancurkan dgn music rock semua! kepada semua band indie dan rockes, mari bersama kembalikan keindahan musik tanah air, katakan bye2 pada music sedih rambot senget2! so ingat! 16hb Febuari 2008 nih! anda mahu vokal tinggi mengilai? mahu pakai key kt lengan? carik balik kasut legen/aliph korang. jgn lupe kasi gegar annexe! kasi support kengkawan aku ini ok?


CALLING ALL ROCKERS, METALHEADS, THRASHERS, MALAYSIANS, OLD TIMERS to watch the new breeds of Malaysian Rockers!!!

TRIBUTE ROCK KANGKANG PART 1
The Annexe
16 Feb 2008

Organizer: REVENGE ARMY (click)

Bands:
Nuclear Strikes
Dharma
Rusty
PMG
Qabul
Spazztic Chaos
Cosa Nostra
Leather Charm



Monday, January 7, 2008

GIG REPORT! : Read All About It!

dah lame takde review gig yg aku buat, so kali nih aku akan lakukan satu review keatas gig yg berlangsung di ipoh. aku tiba di pub lebih kurang pukul 2.30 kerna pada flyer cakap start pada pukul 1. jadi pikiranku maybe lewat dlm sejam begitu. tapi nampaknya aku silap. aku terpaksa menuggu sehingga pukul 4.30 barulah gig bermula. kemungkinan band2 belum tiba lagi. penat jugakla menunggu. nasib mula jugak pada pukul 4.30. penantian memang satu penyiksaan sebab aku agak teruja kali nih sebab dah lama gig metal takde kt ipoh. kene plak ade band2 hc juga yg turun serta. walaupun aku sedikit kecewa sebab the falling grudge tak jadi main sebab aku betul2 minat ngan lagu diorg. tapi pasti ada band2 yg bakal menarik perhatian aku nanti. tujuan utama aku turun ke gig nih sebab nak tontoni Heterodox. band yg pernah bermain satu gig dgn aku di KL sekitar tahun 1999 dahulu. yup, mereka adalah band HC yang memang ramai kenali dgn sxe dan newskool hc mereka. band ini juga yg menyambut kami ketika sampai di kuala lumpur dahulu. pastinya aku ingin melihat comeback mereka ini. lama sgt aku tak turun ke gig metal nih. terlalu lama sgt. lebih2 lagi di ipoh. dulu aku dah terlepas nak tgk comeback Athothorgh di Bacteria studio. pasti kali ini aku takkan terlepas untuk menghadiri gig metal. sebab tuhla aku sanggup gak tunggu walaupun lewat. kali ini aku turun keseorangan tanpa kawan2 aku. sebab kawan2 aku tak layan metal nih. jadi hadir aku kali nih secara solo.

setelah bayar harga tiket, aku masuk untuk terus mencari meja, pasal senang skit aku nak review secara dekat tanpa di "hardcore dancing" nanti.kalau aku berdiri berdekatan dgn stage, pasti aku dah tak review dh. pasti aku dah moshing tak ingat dan lupa tujuan asal aku. masuk2 je aku dah jumpe Jim Bugstar. aku ingatkan pasti aku saja org tua dlm gig nih yg tak dikenali. nasib ade kawan. so sembang2 sikit dgn die, dan Jim bgtau die akan perform arini dgn As Ashes Fall. nak cari angin lain skit selain dgn bandnya Bugstar katanya. Jim memang aktif dalam gig dan hampir kebanyakan gig di ipoh mamat nih mesti ade. samada hadir sebagai crowd takpun hadir sebagai org belakang dlm gig. lepas cari port yg sesuai, aku duduk dan kuarkan henset aku, rokok, gula2. rokok penting bagi aku supaya aku tak tekanan & bosan. mau tak bosan. turun sorang2 dan kebanyakan yang hadir arituh kesemuanya budak2 muda yang aku tak kenali langsung sorang pun. dalam byk2 budak2 yang turun harituh, aku perasan sorang budak. yang sama2 aktif dgn aku dulu ketika zaman hardcore sekitar tahun 97-98. yg celakanya, aku lupa nama dia, tapi dia masih ingat nama aku POLIS (polis adalah nama samaran aku dalam dunia music). pada aku dialah youth crew yg paling aku respek. kerna sampai sekarang dia masih dtg untuk support hc gig. sejak dari dulu lagik.kalau ade band hc, pasti ade die. semacam hc nih takleh berpisah dgn dia. dia dulu adalah youth crew utk band F.O.R (old skool hc dari ipoh) sebab ape aku kate die pure hc? kalau budak2 hc sekarang suke pakai bj ketat warna hitam, rambut senget2 tepacak, suar jean ketat (dan pada aku diorg nih byk sgt tgk dressup budak2 metal kecuali bab rambotla) dgn ade yg pakai celak2 kt mate. tapi kawan aku nih still dgn short pant, bj plain longgar, dan yg pastinya ade tuala kt dlm poket. aku tgk dier sorang saje yg dress mcmnih. yg lain dah mcm budak2 emo dress pun ade.sorry to say, aku memang tak berape gemor sgt dgn budak2 emo nih. so kite skip bab emo nih ok? bukan diskriminasi. cuma tak gemor je.korang cakap hardcore bukan fashion, tapi aku tgk org2 yg penting jugak yg terlebih fashion. FYI, hardcore tuh bukan seluar ketat, rambot senget2. banyakkan belajar mendalami ape itu hardcore. bukan mendalami ape yg budak hardcore pakai/hardcore dancing dah cukup. banyakkan belajo lagik. orait? dan HARDCORE = PROFIT/GLAM adalah salah ok?

so review aku adalah mengikut susunan band yang main, jgn byk komplen. bace je sudah. ade salah silap dalam penyampaian harap maaf ok, aku dah cube sedaya upaya mendengar ape yg korang menjerit2 kt mic tuh :)

Shogunz : maybe salah satu antara banyak2 band metalcore yg tumbuh mcm cendawan kt malaysia nih. walaupun permainan musik yg agak berterabur, tapi interaksi mereka dgn crowd sgt2 ok pada petang itu. aku tak pernah dgr pasal band nih, so aku taktau nak comment mcmana. apepun diorg perlu usehe keras skit, lain kali nak pusing gitar/bass pastikan korang buh masking tape, supaya sound taklah putus2. ape yg aku perasan diorg ade main cover lagu Underoath. ok jugaklah bagi band muda mudi lagi nih. usaha lebih skit lagik ok geng?

This Order : kalau kite cite pasal scene hc kuale, ramai yg taktahu yg kuale kangsar dulu memang kuat dengan scene hc suatu mase dulu (selain dari grunge) this order bagi aku still ade riffing newskool hc (bukan music hc yg sekarang nih, yg dah takde beza dgn musik metal dah) so band nih memang aku suke tgk sgt2 mase tuh. dengan impak 2 vokal dari mereka yg byk sound2 band Victory Records. dan cover arituh jugak mereka bawak lagu Hatebreed. untuk this order, keep up maintain your sound man, jgn korang ubah main metalcore udahle. :) keseluruhan persembahan mereka agak ok jugak, sound yg padat, kurang masalah dan jugak respon dari crowd juga sgt2 memberangsangkan. good job!

Heterodox : kalau dulu music mereka ala2 youth crew/sxe punyer band. sekarang ape agak2 korang diorg dah bertukar? memang lari jauh sgt, aku yg dh lama sgt tak tgk diorg, aku anggapkan ada lagik band2 sound newskool. tapi vokalis die adi beruang petang tuh memang bagi gua terkejut. 1st cover dari Sodom - Ausgebombt? ape dah jadi? aku memang tekejut petang tuh. cover kedua aku rase lagu Silent Death tapi aku dah lupe pasal ak urase hairan sgt dgn music baru die. pastu diorg teruskan dgn lagu sendiri. secara peribadi aku cakapkan sound diorg dah banyak sgt berubah. more grinding and fastcore in your face! bayangkan band fastcore Fuck On The Beach bersetubuh dengan Napalm Death. mcmtuh le dah sound diorg. totally berubah! lagu last diorg plak cover lagu Venom - Countess Bathory. great cover from venom. so memang jangkaan aku diorg hc adalah jauh menyimpang. so adi kalau aku labelkan ko sebagai Thrashcore, ko marah tak? haha! apepun aku suke sound baru diorg nih.

Raizhobium : aku memang tak tahu ape yg band dari kl nih main sebenarnya. kemunculan vokalisnya yg pakai topi koboi memang buat crowd terus kehadapan. dengan dress ala2 rockers, band nih tetibe buat aku rase akan jadi sesuatu yg menarik petang nih. sound mereka yg seakan ala2 Sentenced/sil khannaz (old)/Cromok. aku pun sampai taktau nak ckp mcmana, dgn tune vokal yg tinggi, music yg rock n roll/thrash bikin crowd2 thrasher petang tuh penuh kt depan. salute untuk band ini yg banyak berterima kaseh kepada crowd2 ipoh yg byk support band diorg. diorg byk main kan lagu dari EP terbaru diorg dan juga satu cover dari band rock singapura, Rockers - kekejaman. ending yg amat padat dengan lagu tuh buat aku sgt2 teruja kerana kebyakan budak2 di ipoh nih kalau jamming, mesti main lagu kekejaman nih. so lagu nih the whole crowd sing a along dengan hebat sekali. TAHNIAH!

Kill My Bride - band yg agak2 new metal tak new metal jugaklah. masih ade lagik root metalcore dalam music diorg, tapi kalau dari pendengaran aku, ade unsur frenchcore ala Black Bomb A dalam music mereka dari style nyanyian. memainkan lagu mereka Jerk dan beberapa cover seperti dari killswitch Engage - rose of syaryn. apepun good effort dari band BG ini.

As Ashes Fall - band Jim bugstar dari BG jugak. band yg agak ketara dgn sound dari band As I Lay Dying (band christian metalcore yg telah 'menjahanamkan' scene hardcore dgn issue sellout/manipulasi music metal) respon yg positif daripada crowd sgt2 jelas pada band ini. masa inilah aku leh nampak ade pit yg dah start hc dancing. banyak cover dari As I lay dying dan Caliban serta 1 lagu dari product sulung mereka - a thought before dying. keseluruhannya baik dari segi interaksi, showmanship, cuma aku tak berapa into As I Lay Dying music.

Neftaraka - secara jujurnya aku memang dah lama sgt tinggalkan BM punye scene. sejak dari 1997. so aku memang tak tahu menahu langsung pasal band nih. bile aku pg maispes diorg, tapi kalau sebut Nazzathrone, memang aku ingat! BM mereka yg byk kepada classic BM sound ala Mayhem, Darkthrone, Profanatica dan riffing mereka yg sgt kuat sperti Emperor album In The Nightside Eclipse era. band yg berasal dari Ipoh. dalam banyak2 cover mereka, aku hanya dapat tangkap satu lagu yg familiar aku pernah dgr, pagan fear dari Mayhem.

Varicose Vein - Thrash Attack dari KL nih sgt2 buat aku teruja, serius aku cakap, bile diorg mule start main cover Judas Priest - breaking the law, aku rase nak sgt pegi dpn, tapi bile memikirkan benda nih akan ganggu konsentrasi aku untuk review, aku tahankan diri sekejab. diselang selikan dgn lagu sendiri dan juga cover dari Slayer - mandatory suicide. kalau tak ingatkan nak review, aku dah lama dah pegi depan. aku hanya terpaksa layan kepala sorang2 je dan tahan diri aku dari terus banging depan diorg. apepun aku cukup suke diorg. keep on thrashing the pit bro!

Forsaken - Metalcore dari KLHC yg pastinya ramai yg kenal. performance yg paling pack pada malam itu. seakan mcm takde yg cacat cela. sgt2 kuat pada sound Killswitch Engage (new). dengan cover for you dari killswitch dan lagu2 sendiri, sperti takde bezanya. aku cukup suke sound mereka yg cukup cantik pada malam itu. aku tgk bj diorg cantik jugak. tapi tak sempat nak beli pasal aku leka sgt tgk band lain perform. so memang rugile bebudak kalau tak tgk band ni mase tuh. pasal diorg nih adelah dari gabungan budak2 scene KLHC dan JBHC. so agak otai jugaklah dalam hc scene nih. apepun aku suker persembahan korang beb!

Misanthrope - band dari KL. bile aku tgk pada MS diorg, nampak mcm ade ala2 BM punye band. tapi bile dengar melalui telinge aku, byk sound2 Lamb Of God. so mereka nih bolehla dikategori dlm New Age Metal. byk main lagu2 sendiri dan cover dari Machine Head - Imperium. sound pada masa nih dah teruk sgt dah. aku tak dgr langsung vokal dah. maybe dah blow kot. yg aku dengar musik je, vokal out abih. kesian jugak tgk vokalis yg jerit sungguh2 nak bg lepas, tapi memang dari mula sampai habis, aku tak dpt nak dgr vokal dah. agak kecewa jugaklah.

Dark Regime - band BM dari Kelantan. Jauh benor kome turun ye yop? :) band yg kuat sgt influence mereka dgn band As Sahar. tapi sayang aku tak dapat nak dgr vokal dgn jelas jugak. yg aku dgr bunyi double padel yg kuat. sedikit sebanyak menggangu konsentrasi aku untuk review mereka.

Cassandra - malam tuh ramai yg tunggu band nih main. diorg yg lama diam kan diri sekang dah mule aktif main gig2 kecik balik. aku rase ramai yg dah tau mcmana cassandra main, nak review lebih2 pun aku tak dapat sebab vokal aku tak dgr. lepas lagu kedua aku terus blah.

gig ini adalah usahasama Poisonous Attack dan Glendora Records










*photo credit to Sarip



Friday, January 4, 2008

Korang Larat Ke Main Gig Free Lagi?

benda lama yg tiada penamatnya. aku rase hampir semua band mengalaminya, termasuklah aku. disini nak meluahkan kami2 ahli musik yang kadang2 DAH NAIK MENYAMPAH main gig FREE! secara jujur aku cakap aku dah fedap sebenarnya. bukan nak demand, tapi sampai bila naik main free jek? sampai bila? kalau dari pengalaman, aku rase baru berapa kali jek aku merasa band aku dibayar, hampir 60% gig aku main semuanya percuma! kalau aku busking pun kompem dapat duit. sampai bile benda nih nak berterusan?

byk yg bg alasan mcmni:


1. gig takde crowd (aku bole terima alasan ini kalau betul depan mata aku)
2. kena bayar band besar, jadi aku kene tolak payment ko, bole? (abah ko!)
3. ko band baru, belajar main gig free dulu (ini mcm pun ade?)
4. susah2 dahulu, bersenang2 kemudian. (kepala hotak lu!)
5. gig tak untung, kene bayar duit venue ngan barang2 (bole terima lagik)
6. nak kene bayar band jauh (aku selalu main kt luar, tapi kenapa tak bayar?)
7. arini band bykla, aku tolak skit payment ko bleh? (aku penah kene mcmnih)
8. kitorg nak gune duit nih nak buat gig lagi satu. (pun penah kene mcmnih)

bagi pendapat aku la.. sampai bila kite nak di 'anjing' kan lagi? aku bukan kate semua organizer mcmnih, ade sebilangan yg mcmnih. pasal aku pernah kena. benda nih btol. aku pernah balik dari gig yg tak dapat payment, kami sampai keluar duit syiling habih dkt plaza tol, bayangkan lepas bayar tol tuh, duit takde langsung, kongsi2 minum air mineral je dlm kete (ini zaman loser dulu). bukan nak meminta, cuma kekadang simpati lah dekat band2 yg main jauh, tak byk, sikit pun jadilah. aku maleh nak berlembut2, pasal berlembut2 lah aku kene mcmtuh. kalau korang kene mcmtuh, ape korang rase? APE KORANG RASE?! satu lagik trend yg paling glamer, kalau band tuh band hometown, KOMPEM band tuh takkan dapat payment sikit pun. betul tak aku cakap nih? kalau salah, sila komen utk betul kan. so para pembaca blog aku tak kira organizer ataupun band, sila beri komen. aku mahu penjelasan dalam hal nih.

sila komen dibahagian ulasan, aku mahu kita sama2 bincang benda nih antara pihak organizer dgn band.


Thursday, January 3, 2008

The Artificial Steel Showcase

sini ade satu lagi gig yg menarik! bertempat di MCPA KUALA LUMPUR pada 12 januari, akan berlangsung persembahan musikal berat yg kebanyakan dipelopori oleh band2 dari Ipoh (sila klik gmbar untuk view yg lebih jelas). lama sebenarnya tak tgk band grind Negation. last aku tgk diorg pun mase tahun 1999 di Colours pub damansara gig bersama band grindcore Jepun Unholy Grave. band2 lain kebanyakan pasti semua dah tahu dan 2 band kt sini yg aku tak penah tgk iaitu Arheum Revert dan Dislocated Cerebrum. Bloodleeting pula adalah band project kawan2 aku Daniel Scandel 26 dgn Man Infectious Maggots yg influence mereka byk kearah Cannibal Corpes/Six Feet Under. Side Circle pula adalah nama lama jugak dalam scene metalcore. aku minat btol tgk gitar gitaris die. bercabang2! pasti ramai yg nak dtg melihat band abg2 kacak Pyron. harap mase Pyron main, diorg bolehla baling burger free untuk crowd. haha! apepun budak2 jgn lupe attend gig nih.. bile lagik nak tgk 3 nama besar spt Vociferation Eternity, Hayagriva, dan Langsuyr beraksi sekali kan?

Wednesday, January 2, 2008

SYJ 08 bikin Gegar Malam Tahun Baru!

Semalam adalah yg paling bersejarah dlm demam rock di ipoh, kumpulan lagenda SYJ muncul dalam acara sambutan tahun baru, aku rase ramai yg tak jangka SYJ akan perform malam tuh. dan ia memang satu kejutan untuk tahun baru. dengan penampilan khas Amir (vokalis asal SYJ/Sofea) betul2 mengubat kerinduan peminat2 rock di Ipoh. SYJ 08 menampilkan Alang (vokalis kedua album SYJ yg terkenal dgn lagu Ini Nasib Kita) dan 3 line up baru. konsert yg bermula pada pukul 11 mlm itu mempunyai 2 slot. pada slot yg pertama tuh crowd agak sopan. yerla, datok bandar dtg ma. semua kene buat2 baik skit. yang paling havoc adalah pada slot yg kedua. walaupun ade masalah pada mic Amir pada mulanya, akhirnya masalah dapat di setelkan secepat mungkin. Amir yg tampil dgn bj Venom (Venom adalah salah satu band influence pada SYJ ketika awal permulaan mereka dahulu) aku bernasib baik kerna sempat mengajak kawan2 baru yg aku kenal iaitu sarip dan kengkawannya. aku cukup suke tgk mereka nih dressup. sungguh THRASH METAL! (mereka ada dalam gambar no 2 bersama aku). Crowd yg dtg malam tuh taktau nak cakap mcmana. lihat gambar no 1 tuh cukuple. Slot kedua adalah yg paling menarik sebab datuk bandar dh balik, so budak dh bolelah nak headbanging dan meracau2. lagu terakhir Orang Timur adalah lagu yg buat semua org meremang segala bulu2 di badan. hampir satu padang dataran sing a long menyanyi bersama. sampai polis terpaksa bertindak berjaga dihadapan kerana crowd yg hadir dah mula naik penuh ke atas pentas. Amir terpaksa berdiri menyanyi di atas kerusi kerana ingin memberi peluang pada crowd dibahagian belakang untuk melihatnya. apapun comeback ini btol2 berjaya! tak sia2 aku turun pakai jean ketat/baju black Sabbath malam tuh. great showmanship pada malam tuh tak lain tak bukan saudara Alang kita. memang cukup rock kangkang! gua respek lu bro! SYJ juga akan berada untuk bersama2 Sil Khannaz dan As Sahar di CT Cafe N Sport pada 27 Jan 2008 (sila lihat flyer) jadi jgn lepaskan peluang ini ROCKERS DAN METALHEADZ!

list2 lagu yg SYJ 08 persembahkan malam semalam ialah :

SLOT PERTAMA
1. king of rock n roll - Dio
2. teruskan
3. garisan persimpangan
4. hati syaitan
5. kawasan larangan

SLOT KEDUA (duet bersama AMIR SYJ/SOFEA)
1. syurga di hujung jarum
2. red hot - Mötley Crüe
3. mata sepet
4. orang timur

disini beberapa snapshot dari konsert tersebut. rugile sape yg tak dtg weh!


MYSPACE SYJ 08 : TEKAN DISINI

KEEP ON ROCKIN' SYJ O8!