Photobucket

Wednesday, January 2, 2008

SYJ 08 bikin Gegar Malam Tahun Baru!

Semalam adalah yg paling bersejarah dlm demam rock di ipoh, kumpulan lagenda SYJ muncul dalam acara sambutan tahun baru, aku rase ramai yg tak jangka SYJ akan perform malam tuh. dan ia memang satu kejutan untuk tahun baru. dengan penampilan khas Amir (vokalis asal SYJ/Sofea) betul2 mengubat kerinduan peminat2 rock di Ipoh. SYJ 08 menampilkan Alang (vokalis kedua album SYJ yg terkenal dgn lagu Ini Nasib Kita) dan 3 line up baru. konsert yg bermula pada pukul 11 mlm itu mempunyai 2 slot. pada slot yg pertama tuh crowd agak sopan. yerla, datok bandar dtg ma. semua kene buat2 baik skit. yang paling havoc adalah pada slot yg kedua. walaupun ade masalah pada mic Amir pada mulanya, akhirnya masalah dapat di setelkan secepat mungkin. Amir yg tampil dgn bj Venom (Venom adalah salah satu band influence pada SYJ ketika awal permulaan mereka dahulu) aku bernasib baik kerna sempat mengajak kawan2 baru yg aku kenal iaitu sarip dan kengkawannya. aku cukup suke tgk mereka nih dressup. sungguh THRASH METAL! (mereka ada dalam gambar no 2 bersama aku). Crowd yg dtg malam tuh taktau nak cakap mcmana. lihat gambar no 1 tuh cukuple. Slot kedua adalah yg paling menarik sebab datuk bandar dh balik, so budak dh bolelah nak headbanging dan meracau2. lagu terakhir Orang Timur adalah lagu yg buat semua org meremang segala bulu2 di badan. hampir satu padang dataran sing a long menyanyi bersama. sampai polis terpaksa bertindak berjaga dihadapan kerana crowd yg hadir dah mula naik penuh ke atas pentas. Amir terpaksa berdiri menyanyi di atas kerusi kerana ingin memberi peluang pada crowd dibahagian belakang untuk melihatnya. apapun comeback ini btol2 berjaya! tak sia2 aku turun pakai jean ketat/baju black Sabbath malam tuh. great showmanship pada malam tuh tak lain tak bukan saudara Alang kita. memang cukup rock kangkang! gua respek lu bro! SYJ juga akan berada untuk bersama2 Sil Khannaz dan As Sahar di CT Cafe N Sport pada 27 Jan 2008 (sila lihat flyer) jadi jgn lepaskan peluang ini ROCKERS DAN METALHEADZ!

list2 lagu yg SYJ 08 persembahkan malam semalam ialah :

SLOT PERTAMA
1. king of rock n roll - Dio
2. teruskan
3. garisan persimpangan
4. hati syaitan
5. kawasan larangan

SLOT KEDUA (duet bersama AMIR SYJ/SOFEA)
1. syurga di hujung jarum
2. red hot - Mötley Crüe
3. mata sepet
4. orang timur

disini beberapa snapshot dari konsert tersebut. rugile sape yg tak dtg weh!


MYSPACE SYJ 08 : TEKAN DISINI

KEEP ON ROCKIN' SYJ O8!


7 comments:

bentara said...

SYJ RULESSSS!!!

Gitar Flying V tu Gibson ke apa brand?

Elly Rocker said...

aku tak perasan sgt brand ape, tapi aku rase ko mesti perasan gitar tuh dulu pak said ade gantung kt dinding mase studio SYJ kt pasar bulat dulu.

E (bassist) dressup malam tuh dh mcm band black metal dah, kalau die buh spike kt lengan, kompem kene tangkap dek polis dh malam tuh. hahah!

thanks sudi jenguk2 blog aku sam!

belajo rajin2 kt sane, balik nanti jgn lupe kasi teruskan itu langsuyr haa. aku jeles ko dpt tgk Megadeth. terbakonye aku bace review ko tuh.

Nadia said...

bleh tak teman letak ini cerita dlm blog HANYA RAWK N ROLL?

Elly Rocker said...

bole aje nadd

aku benarkan! :)

rawkcarpark said...

Elly, SEIR di sini. Best nyer, aku ada Ipoh masa tu tapi tak tau la plak pasal show ni. Anyway, nak minta izin guna gambar hang untuk sangkutkan kat blog aku kat http://rawkcarpark.wordpress.com
Senang2 datang jenguk. SJY rules, your blog's cool. See ya

Elly Rocker said...

boleh saje seir, aku benarkan :)

apepun terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku

dgn ini aku bertambah seorang lagi sahabat falam dunia blogger!

selamat bekerjasama!

blog anda saya link kan di blog saya

Andy said...

TQ add link blog aku ke blog mu..
link ke blog sudah diproses.. :D