benda lama yg tiada penamatnya. aku rase hampir semua band mengalaminya, termasuklah aku. disini nak meluahkan kami2 ahli musik yang kadang2 DAH NAIK MENYAMPAH main gig FREE! secara jujur aku cakap aku dah fedap sebenarnya. bukan nak demand, tapi sampai bila naik main free jek? sampai bila? kalau dari pengalaman, aku rase baru berapa kali jek aku merasa band aku dibayar, hampir 60% gig aku main semuanya percuma! kalau aku busking pun kompem dapat duit. sampai bile benda nih nak berterusan?
byk yg bg alasan mcmni:
1. gig takde crowd (aku bole terima alasan ini kalau betul depan mata aku)
2. kena bayar band besar, jadi aku kene tolak payment ko, bole? (abah ko!)
3. ko band baru, belajar main gig free dulu (ini mcm pun ade?)
4. susah2 dahulu, bersenang2 kemudian. (kepala hotak lu!)
5. gig tak untung, kene bayar duit venue ngan barang2 (bole terima lagik)
6. nak kene bayar band jauh (aku selalu main kt luar, tapi kenapa tak bayar?)
7. arini band bykla, aku tolak skit payment ko bleh? (aku penah kene mcmnih)
8. kitorg nak gune duit nih nak buat gig lagi satu. (pun penah kene mcmnih)
bagi pendapat aku la.. sampai bila kite nak di 'anjing' kan lagi? aku bukan kate semua organizer mcmnih, ade sebilangan yg mcmnih. pasal aku pernah kena. benda nih btol. aku pernah balik dari gig yg tak dapat payment, kami sampai keluar duit syiling habih dkt plaza tol, bayangkan lepas bayar tol tuh, duit takde langsung, kongsi2 minum air mineral je dlm kete (ini zaman loser dulu). bukan nak meminta, cuma kekadang simpati lah dekat band2 yg main jauh, tak byk, sikit pun jadilah. aku maleh nak berlembut2, pasal berlembut2 lah aku kene mcmtuh. kalau korang kene mcmtuh, ape korang rase? APE KORANG RASE?! satu lagik trend yg paling glamer, kalau band tuh band hometown, KOMPEM band tuh takkan dapat payment sikit pun. betul tak aku cakap nih? kalau salah, sila komen utk betul kan. so para pembaca blog aku tak kira organizer ataupun band, sila beri komen. aku mahu penjelasan dalam hal nih.
sila komen dibahagian ulasan, aku mahu kita sama2 bincang benda nih antara pihak organizer dgn band.
46 comments:
waaaaaahhhh!!!!!!!!!! terasa!!!
pada pendapat saya... itu betul..
dan pada pendapat saya lagi, kite try baca pemikiran organiser plak. knp diorang tak bayar band. maybe sebab dia takda duit nak cover in terms of amp blow, simbal pecah, drumstick patah, paddle dah jahanam. duit modal cukup2 utk buat gig. then jualan tiket gig ada sikit untung, tapi kerosakan plak kena bayar. (ini in terms of mini gig, kalau untung pun dapat berapa)...
knp band terima offer gig kalau dah tau tak dibayar?
n one other thing, apa tujuan gig???
-make money???
-promoting band/merch???
-create rappo with other bands???
-networking???
n apa tujuan band wujud?
-cari duit?
-cari nama?
-cari awek?
macam mana nak expose band?
-gig?
macam mana nak nak dapat ramai kawan/network sesama band?
-gig?
Kalau dulu, before 2002, yuppp.. geng Krustyyyy ni memang tak adil la. tapi skng, geng krussstyyy ni just make gig in terms of all stated above.
yeaaaaaahhh........ saya sebagai organiser yg Krustyyyy lagi kejam.
hahaha! ko memang kejam!!
aku suke hujahan kau itu..
benda nih jadi pasal ade band kawan aku, mintak kt organizer rm 20 je, tapi organizer tak bg. tak byk pun, rm 20. mungkin organizer nak bayar band luar yg mungkin berharga rm400. sebab aku rase, band mcmana pun ade gak hak nak dpt sikit, kite bukan main gig crust lagik. sedangkan organizer yg melabelkan dirinya hc pun rip off band.
bagi aku, aku lihat pada keadaan gig tersebutla, kalau crowd dtg byk gile, tak logik plak kalau takde payment kan? dan selama nih pun aku masih bertoleransi dgn organizer. tapi kes yg aku kene sampai kuar duit syiling tuh, crowd ramai gile, gig berjaya, tapi aku tak dapat sekupang pun. adilkah itu di pihak band?
terima kaseh pihak Imagica! i nak jilat u lagik!
aku suka topik ni...
aku sokong ko elly..n jugak ..ade part jugak..aku sokong imagicaa...
huhuh..
yg pasti...
masing2-ade pendapat masing2...
yg paling penting...
bayar la skit..:)
kalu setahun dua main gig free takpe lagi...
kalu 8 thn..10 tahun?
20 tahun?
30 thaun?
last..last...
sampaei kojol main gig free...
kluar duit..
fun sekejap...
msg tak sapai..
lagu tak sapai..
awek tak sampai..
duit pun tak...sampai...
last nye kubur je yg sampai..
hahahah
gig kemana...
music ke band kemana
hidup pun kemana..
huahuahuahuah
sebab sekarang bukan nak tekankan kesalahan semata2 pada pihak organizer, organizer bertungkus lumus nak buat gig sebab ade visi, mahu lihat muzik dik mesia ini berkembang. mcmana nak kembangkan otak? caranya ialah mengadakan gig untuk budak2 yang tak tahu apa itu hiburan lokal. kite hanya tahu muzik glokal, tapi minima pada lokal. dekat sini organizer adalah tulang belakang.
organizer ade masa mempertaruhkan kebajikan sendiri sampai organizer yg habih duit. (aku pernah bersama organizer ini) semata2 nak bg band kawan2 naik. aku rasa band jugak berkorban dalam situasi ini. aku berani cakap, byk band dlm mesia nih yang sanggup main free sebab paham situasi gig yg tak untung/mini gig. tapi persoalan disini bagaimana dgn gig yg besar dan berjaya? adakah perlu jugak ikut pahaman mcm mini gig juga?
sebab kalau kite kata organizer berkorban, band jugak berkorban. tanpa organizer sapela band, dan tanpa band sapelah organizer. kalau boleh jgn lagi ade idealisme pendekatan mini gig dibawa ke gig besar. band bukan tak paham kalau organizer susah, cuma organizer pun kene jugak paham band, sebagaimana band jugak memahami pihak organizer.
jgn ade lagik kasta antara band. band glamer leh byr sampai 4-5 ratus, band2 kecik takyah bayar. tahu tak yg band2 kecik jugak bawak crowd mereka yang sama2 beli tiket? dan kebanyakan crowd yg hadir, adalah kawan2 dari band2 kecik nih. so adakah band kecik tak membantu? sama2 kite hiburkan org, sama2 kite kongsi sikit2 keuntungan. sikit, kite makan sama2 sikit, byk kita makan byk. yg penting jgn sampai organizer terlebih keluar modal. itu saje. itu yg paling penting
only my 2cent opinion :)
sorry terlambat bagi komen dude, sedikit sibuk dengan tugasan di pejabat.
Aku orang yang bergelumang dalam band dan kadang-kadang organize gig boleh katakan masak dengan hal begini.
Ada banyak pro dan kontranya. Aku setuju dengan pendapat kau. Setiap band berhak. BACA: BERHAK. DAPAT PAYMENT jika gig anjuran mereka mendapat profit.
Walaupun sepuluh ringgit sekalipun! Band patut di beri penghargaan. Kepada organizer, perlu kaji kenapa gig mereka gagal (KALAU GAGAL LA! IN TERM TAK DAPAT PULANGAN MODAL). Kenapa rugi? Kenapa tak balik modal?
Usah persalahkan band yang kamu bawa untuk main.
Menganjurkan gig di Malaysia ini memang mencabar. Apatah lagi di Pantai Timur. Tuhan saja yang tahu betapa seksanya.
Bagi aku, payment tu biarlah ada dan munasabah. Band besar ke kecik ke semua ada hak untuk mendapat payment. Hak intelektual memang susah untuk mendapat pengiktirafan di Malaysia. Mungkin itu suah menjadi ritual orang kita.
All the best. Semua untuk scene. Nice topik dude!
ni satu isu yg susah nak diselesaikan. tapi kalau aku sendiri yg organise gig, awal2 aku bagitau band terus yg aku buat profit sharing je, i.e. lepas tolak duit venue dgn duit sewa backline, apa yg tinggal akan kena split equally between bands. so kita sama2 ambik risiko, kalo crowd tak ramai dan tak cukup nak cover costs, aku pun rugi duit, bands pun tak kena bayar. tapi kalau crowd ramai, sama2 kongsi profit, tak kira la band besar atau kecik (unless band dtg dari jauh mcm Ken Stringfellow dgn Beezewax hari tu, at least diorang tak rugi main kat sini dah ok)
kalau bab band 'hometown' atau gig berjaya tapi tak kena bayar, aku pun pernah kena. menyirap memang menyirap, tapi so far aku biar je, sebab lambat laun cerita tu akan tersebar gak, dan nama organiser sendiri yg akan buruk nanti.
pendek kata, sampai sekrg aku still takde letak standard/minimum price utk Couple main gig. semuanya kena tgk budget organiser tu sendiri. yg penting fair je. bak kata org, rezeki tu akan sampai juga kalau rezeki kita. satu pintu tutup, pintu lain ada bukak.
salam~
biasanya gig kecik2 nie xde sponsor so organizer kuar duit sendiri utk tempat, brg2 etc..
aku rasa, maybe dh sampai masa utk gig dikormesialkan..time tue baru ada sponsor, ada involve media..time tue baru la ada terms nk byr band berapa..tp itupon klu undergrounder2 malaysia sanggup dikormesialkan..klu tanya aku, aku ckp 'terima kasih je la'
bukan sempit fikiran..tp 'cuaca' di tempat kita xmcm kt tempat org lain..contoh, jiran2 kita di indo & thai...gig xdipandang 2nd class performance...
aku setuju dgn abg bob, xpatut labelkan band ikut kasta band lama-baru...soal payment, biar la adil...klu dpt byk, bg la lebih..klu dpt sikit, bg sikit pon xpe la..aku main gig pon xkisah dpt berapa...niat aku nk main gig nie sebenarnya utk kepuasan, cari network, nk dekat dgn crowd, nk promote stuff...
maybe lain org lain lak pendapat...
salam
Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim, aku ni boleh kata pernah merasa jadi ahlil band, pernah juga jadi organizer, pernah jadi artis mainstream, pernah underground. Sebenarnya tak ada jawapan untuk persoalan ini, umpama haluan kiri lawan kanan, kerajaan lawan pembangkang (dah nama dia pembangkang)dan orang seni vs. orang meniaga. Yang aku tahu, masa aku jadi artis mainstream, aku menyampah ngan organizer2 "charity" show yang suruh kita perform free tapi diorang sebagai organizer dibayar oleh sponsor, pas tu check check (rock rock) diorang bagi kat charity tu hanya 5-15% dari keuntungan, dan diorang bagi duit kat pihak yang susah tu only lepas 6 bulan gitu (konon nak audit). Actually semua artis pun complain, tapi cuma complain ajela. Aku pernah organize konsert, tapi satu konsert aje, dan tak untung pasal kitorang bagi banyak kat performers, tapi aku tak kisah pasal as long as performers happy, duit boleh cari tapi kawan yang talented susah nak maintain. Sampai sekarang diorang masih kawan ngan kitorang. Sampai sekarang kitorang masih hidup, tak mengemis pun. Aku rasa dah sampai masanya kau sendiri organize gig yang kau sendiri perform, jangan ramai sangat performers, kalau aku dalam band, aku prefer organizer tu pernah main ngan band, so aku tahu insyaallah dia akan jaga kebajikan aku jugak. katakan limit kepada 6 band sahaja (dah 3 jam dah tu) Dan semua band kengkawan atau kenal each other, semua share keuntungan (kau 30%, semua orang 70%), 1 soundman yang dipercayai, 1 supplier sound system member yang ok (lepas gig baru bayar).Paling best kalau dari keuntungan tu keluarkan zakat (2.5% sahaja) dan bagi ke rumah anak yatim. Bila semua orang share the burden, takdela diorang nak perform naik syeh pecah2 barang ka, sebab nanti yang pecah poket diorang jugak. So nanti baru kau sendiri tau masalah sebagai organizer. Paling best bila gig kau berjaya, kau pun perform, performers/shareholders happy, crowd happy, untung pun ada, anak yatim dapat makan; jadi kau boleh tunjuk kat organizer2 "orang meniaga takde seni punya" yang kau boleh buat dengan berseni pulak tu.
bukan disini topik band nih mata duitan, cuma band nak rase dihargai sedikit je. dan aku cukup suke atas komen2 anda disini. bile band dan organizer leh luah pendapat, kite boleh tahu ape yg perlu diperbaiki. aku bukannya apa, aku taknak benda nih berterusan melampau2 sgt. jgn jadikan band sebagai batu loncatan untuk buat lebih byk profit.
kite dulu sembang mcm2, equal, DIY, sharing is caring. MANA PEGI SEMUA TUH? sebab ape yg aku lihat, makin lama makin teruk plak dah. mcm jadi habit. kalau kite sama2 bekerja sama, takkan ade lagi perasaan dendam/tak puas hati/ rase kene rip off. tujuan aku buka topik nih utk sedikit sebanyak bagi kite ingat balik ape yg kite perjuangkan dulu. mase kite susah same2 nak menapak dlm scene nih. satu je, jgn abaikan artis kite, dan artis pula jgn terlalu demand, bile korang demand kaw2, yg jadi mangsa ialah band2 yg lain. aku paham organizer hadapi tekanan mcmnih.
main music bukan leh kaya mana pun, jadi belajarlah berkongsi bersama - sama. sebab benda utama yg nak ditekankan disini ialah BERKONGSI.
untuk aidil, aku pernah main dlm gig anjuran aidil. dan ape yg die cakap adalah benar, walaupun gig tak ramai org, diorg ade profit skit, aku dibayar juga. walaupun sikit, aku tetap rase dihargai. dan mcm kate Ilham, duit boleh dicari, kawan susah nak cari ma.
sebenarnya band2 tak mintak pun dibayar tinggi2, yang penting kebajikan dijaga. kalau tak boleh bayar, cakap2 awal2. so band ade masa untuk berpikir jika mereka boleh main atau tidak. tak semua band dtg dari golongan berada. ada yg susah. so kite kene pikir gak tuh.
untuk organizer, usaha korang dlm nak memeriahkan dunia muzik nih sgt2lah di hargai. serius! kalau takde organizer nak buat, maka takde la tmpt untuk band nak luahkan musik mereka. tapi jgn amik kesempatan atas keterdesakan band2. thread us as a fren, and we will thread you more than fren!
band faham kalau gig tak berjaya, die takkan mintak payment. kan seronok kalau kite saling memahami dan jadikan benda nih sebagai network yg BERSIH?
Dulu-dulu... masa zaman-zaman fanzine baru nak keluar, buat kaset demo, zaman hantar flyers pakai surat bukan email... hampir 100 persen band yg digelar bawah tanah akan bercakap...
"Kami buat band ni semata-mata cintakan muzik. Muzik adalah jiwa kami. Kami tak pentingkan glamour dan wang. Kalau main SHOW FREE pun kami sanggup!! Janji dapat naikkan band dan crowd pun happy"
Itu antara kata-kata mereka yg pernah aku dengar & baca.
Amy Search pulak dalam satu temubual pernah berkata,
"Aku tak paham ada band yg kata sanggup main free hanya kerana cintakan muzik. Bagi aku, talent yg korang ada tu adalah satu value. Dan value itu adalah duit untuk kita. Bullshit la cakap main muzik bukan sebab duit!"
Dan.. sekarang aku sudah faham.
alo elly...fenomena macam nie actually dah lama aku rasa...cukup!!! (sambil menekup tangan di muka...hehehe)..anyway,masalah nie x akan ada selesai kalo xda hubungan profesional yang baik di antara organizer dgn pemuzik...contohnya,sebarang agreement or something that we exactly can refer to kalo berlaku sebarang salah faham and so on...bunyi mcm senangkan tapi it is not so easy...its all about human being factor....tepuk dada tanya selera...JANGAN HISAP DADA DAH!!! HAHAHA....
p/s: love The Hans!!!
Betul tuh. Aku setuju dengan pendapat ko. Sepatutnya kalau ikutkan bila zaman semakin maju. Scene pun sepatutnya kena lebih maju. Dalam konteks ni, sepatutnya band-band yang datang dari jauh perlu ada payment untuk diaorang. Mereka bukannya nak demand, tapi sebagai menyokong duit poket diaorang yang belum tentu lagi penuh untuk membayar tol dan juga minyak. Bayangkan kalau band dari kl dapat main dekat penang. Sudah semestinya budget untuk tol, minyak dan juga penginapan akan mencecah sehingga rm300 ke rm400. Dan kita semua sedia maklum, mereka main gig ni bukan semuanya 100% bermain muzik secara tetap. So, paham-paham je la. Bila dah berkerja makan gaji, kadang-kadang duit gaji tak masuk takpun dah terpakai untuk urusan penting yang lain (cth: servis keta, baiki rumah etc). Ini semuanya memerlukan kos dan budget yang agak tinggi. Kadang-kadang pelik juga kenapa organizer sanggup unutk membayar band-band besar sehingga mencecah rm3000 sedangkan bila panggil band-band yang taklah popular macam kami ni sanggup taknak bayar semata-mata untuk cover-up band-band besar nih. Jika ada payment, at least boleh memberi sedikit motivasi dan juga dorongan untuk band-band macam kami ni bermain dengan lebih cemerlang. Oklaa that's all yang boleh aku tulis. Sokonglah scene muzik metal di negara kita ini. Terima kasih.
-Sargstone-
Varicose Vein.
kalau takat setahun main gig free..boleh lagi di terima tapi kalau boleh organizer kena lah kasi duit sket..sebagai tanda terima kasih. tak salahkan..ataupun kalau main di pub ka..pub owner kasi minuman2 percuma (coke ka..apa2 pun takpa). pasal equiptment yg rosak..kalu ikutkan di negara barat..band2 kena bawak equipment sendiri termasuk amps...dan amps pun..bukan amps cikai..half stack beb!
nampaknya standard di malaysia ni..masih serba kurang lagi. para musicians...bands..tak beberapa di hargai, maka standard dari segi performance .. tak seberapa. kita boleh ubahkan jika organizers dpt menghargai sumbangan band2
senang je jalan penyelesaian nya...
kene wat satu union antara semua band dan organiser...
bkn nak kutuk sesape...
aspek profesinalisme antara kedua2 pihak masih mengecewakan...
amek contoh mudah...
band asek dtg lambat...
dah tu xd instrumen sndri...
dah tu x reti soundcheck...
org suh soundcheck, dier pi jamming...
samdol2...
organiser pon same...
bknnya reti nak promosi...
harap band bawak crowd...
dah tu flyers spread dlm mespes je...
ko igt sume org pkai mespes?
cube ajak mat2 indon kat cm...
mst ramai aku rase...
so nampak x konklusinya...
kene ade union sbnrnya...
kene ade standard/ garis panduan yg perlu diikuti kedua2 pihak...
jelas skali isu profesionalisme yg menjadik persoalan...
cube renungkan blk...
band dgn organiser perlu ade hitam putih...
ckp lisan nie org senang kenceng...
baru la senang ko nak hentam...
ade bukti...
sape betul/ sape salah...
topik yang best dan hangat!!! aku pernah organise gig. bagi aku, gig ni dibuat sekadar untuk bergembira. Crowd yang datang ke gig untuk fun. Gig pulak membantu band untuk menonjolkan bakat band kepada umum.
Cuba bandingkan dengan battle of the band? Mereka mengadakan botb. Dapat pulak sponsor macam-macam. Kenapa pula berpuluh band sanggup bayar entry fees ratusan ringgit kepada organiser botb? Sedangkan kemenangan belum pasti lagi. Dan pemenang cuma ada 3tempat saja? Yang pasti, pemenang adalah pilihan juri yang mungkin bersikap pilih bulu.
Apa fungsinya botb? Sama seperti untuk band menguji kebolehan mereka di depan orang ramai. Sama seperti gig.
Macam aku cakap tadi, tujuan gig adalah untuk saling membantu. Gig lebih menyeronokkan daripada botb.
Persahabatan yang terjalin dari acara gig tu sendiri, kepuasan, pujian dan tepukan daripada crowd yang datang, bagi aku itu adalah PENGHARGAAN. Bukannya duit!!!
Sebagaimana ditulis oleh Imagica, kalau dah tau tak dibayar, kenapa terima offer gig juga?
Ada juga sesetengah band yang bermain gig, lepas gig blah... Ini supportive ke? Diorang blah mintak duit dari organiser tanpa tahu keadaan seterusnya dalam gig tu. Entah berlaku kerosakan time gig tu. Dah la organiser kena bayar duit kepada band, kerosakan pula kena bayar.
Bagi aku, band tak seharusnya demand. Band sepatutnya menghargai orang yang memberi tapak kepada mereka ni.
Sekian wassalam.
dalam situasi nih, band tidak demand. band cuma nak hak sama rata. kalau boleh bayar band besar2, kenapa takleh bayar band kecik2?
"Macam aku cakap tadi, tujuan gig adalah untuk saling membantu. Gig lebih menyeronokkan daripada botb.
Persahabatan yang terjalin dari acara gig tu sendiri, kepuasan, pujian dan tepukan daripada crowd yang datang, bagi aku itu adalah PENGHARGAAN. Bukannya duit!!!"
FYI, kalau dah 10 tahun main, adakah dengan tepuk tgn dan pujian leh byr duit tol dan minyak? kene wake up skit, ini bukan zaman 90an bro. kalau anda katakan berkaitan dgn situasi mini gig, sila abaikan sebab kalau mini gig, semua band paham masalah organizer. tujuan topik nih dibincangkan adalah kenapa masih ada gig2 besar masih menggunakan idealisme mini gig?
harap jgn campur adukkan kenyataan mini gig dgn gig besar.
kenyataan anda mengenai kenapa dah tau tak dibayar, kenapa main?
ok, disebabkan bila dah jadi teruk mcmnih la kite nak cari solution, band2 sekarang tertekan dgn keadaan band terpaksa main free sebab organizer semcm dah set, 'ah.. buat pe nak bayar, aku dah bagi peluang ko main nih pun sepatutnya ko bersyukur dah'
adakah sikap negatif mcmnih nak ditonjolkan? sekali lagi di ulangi, band tidak demand, mereka cuma mahu sedikit ringgit ke surga KALAU gig itu berjaya. kalau tak berjaya, takkan kite nak pakse bukan? kalau kate band demand, kenapa kalau band popular leh byr sampai beratus2, sedangkan band2 kecik yg sama2 juga menghiburkan crowd, mintak rm 20 pun tak dpt?
solution disini adalah untuk bincang bagaimana cara kite boleh bg kepuasan pada pihak organizer dan jugak pihak band. tapi perlu lebih kos.
ralat
"solution disini adalah untuk bincang bagaimana cara kite boleh bg kepuasan pada pihak organizer dan jugak pihak band. TANPA perlu lebih kos"
ape yg saye nampak, bile band besar demand sampai beratus2, band2 kecik pasti takkan dapat bayaran.
waaa..hangat!hangat!.aku dah penah jd organizer.aku jugak sedang main dalam band.tapi skang aku "berenti" jadi organizer cus bg aku mmg susah nak organize show yang bagus.maksud aku show yang bagus dr semua aspek n puas hati.pasl payment lak,aku dah bayakkkkkk kali x dibayar payment tp ada jgak yang dpt payment.payment tak bayak tp bg aku mmg best la cus rasa dihargai sangat.dah lah tu show kecik lak tu tp still ada payment.
bg aku,band ngan organizer kena work together.masalah skang ni band slalu tak dpt payment sbb dlm satu show dah sampai ada bayak sgt band.kalo mcm kat US n europe,band bayak2 ni bila time fest besar je.show yang biasa2 lak cuma ada 4/5 band.bila bayak yg main tu ada 4/5 je,so dpt la payment n also cover kos2 lain.kita kat sini pulak walaupon show biasa tp band berlambak2.
lagi satu,band yg jejauh ni kasi la payment skit kalo bole eventho dorang tak minx payment.at least tunjukkan apreciation kat band tu.and band pon tunjukkan appreciation korang gak kat organizer.deal elok2.jgn sbb hal kecik leh jadi besar.ngumpat sana sini lak.tara elok wooo.
apapon,yang penting band n organizer kena memahami antara satu sama lain.semua org perlukan duit n semua org ada hati dan perasaan.
topik ni mmg sdap..bnda ni mmg sllu kna kat mna2 band,bg mreka ni naluri hdup sbagai pemuzik..mengenai x byar ni,organiser sbnrnya nk approve band2 yang bru nk timbul dlam dunia muzik,dia org bkn suke2 x nk byar...klu band tu dh main lma,dia org blh ltak arga dkat organiser tu,klu organiser xnk bg jgn lh main...bnyk tmpat lg kt blh cr,jgn tumpukan 1 tmpat ajew..bg pndapat ak lh...
ermm...nice topik.. stakat lepas duit minyak n minum pn kira ok la...
kalo gig tu penuh satu tempat tu sampaikan aku nk tgk band kt stage pn kena jengket... takkan la tak pulang modal... mesti ada untung..
kat sini band cuba paham orgnizer sbb derang kena baya tempat n barang2 dan band besar ..
so kena la adil ngn band lain...
band bukan nye kemaruk sgt dgn duit walopn band mintak sikit.. band juz mintak orginzer 'boleh ke derang baya walo pn sikit..??? cth:- rm50 ke bawah..so kalo byk tu pn organizer tak leh bagi ini kan mintak bratus2...tu sbb la band mintak siket je..kalo mintak byk lak mesti macam2 lak derang cakap.. bukan nk demand...
ok..ada yg organizer blanja makan n minum after show atas sbb tak dapat nk baya band..thats good..
kalo organizer baya band walo pn sket sama gak kalo blanja makan minum kt mamak utk 5 line up..tul takk..!!? tapi tak semua band bole tunggu sampai abeh..
so pendapat aku .. kena adil.. beri chance pd band..then appriciate.. sama2 suppot each other..t
1. First of all, band amatur ni melambak2... semua sedia main gig free. Walaupun kualiti gig tu huru hara. So kalau band hang tak nak main ada 140 bands lagi dia boleh panggil FOR FREE!
2. So hang kena setkan band hang tu tahap mana. KENA BUAT SENDIRI ITU TERMS. Kalau hang rasa band hang bagus dan mampu kasi kualiti punya show, hang kena stick pada term hang sendiri. Contohnya, set minimum payment. Kalau organizer tak nak bayar, tak yah main.
3, And of course, disebabkan LAMBAKAN bands yang dok ada ni, hang kena make sure band hang bagus. Sebab bila band hang bagus, orang demand nak tengok band hang. Bila dah ada demand, hang pun boleh letak terms hang sendiri.
Kadang2 bagus juga kejam macam ni sebab band yang tak bagus akan fade away and die sebab sendiri tak bagus dan orang pun tak nak bayar.
Kesimpulannya, 1. Kasi band hang bagus dulu. 2. Kalau organizer tak nak bayar, get lost! Aku pun tak hingin main gig hang.
inilah tujuan utama aku nak post topik nih. sebab utama :
aku nak lihat band ngan organizer leh beborak mcmnih, so masing2 tahu masalah masing2. bila organizer tahu masalah band, band tahu masalah organizer, takkan ade lagi prinsip ko punye hal, aku punye hal.
aku bukan cakap mengenai band aku saja, ini mewakili band2 yg pernah terkena, dan aku juga pernah merasa dibayar tinggi. keputusan sini adelah band sebenarnya bukanlah demand, band cuma mahu merasa main music yg menjadikan hasil. takkan ade band yg mahu terus main free selama - lamanya.
so bile organizer dan band boleh berbincang same2 mcmnih, aku rase ade hubungan positif walaupun topik nih buat banyak pihak terasa. kite amik benda nh secara positif dan jgn ingat ia sebagai negative reaction. so tujuan aku kini nampaknya dah membuahkan hasil. terima kaseh pada band, organizer, pemerhati yg sudi mebuahkan ulasan dalam post aku ini. aku memang sangat2 mengucapkan terima kaseh kepada anda semua!
majority penulis2 disini dtg dari band2 yang dah lama berada dlm scene, organizer 2 yg otai, dan pemerhati2 bebas yg dah lama mengikuti scene kita nih. dengan ini memang topik ini berjaya kumpul kita ahli musik dan juga organizer untuk kite pikir, kite sedar, dan kite bertindak.
aku sangat2 berbangga kerana korang berani luahkan pendapat korang masing2. dan semuanya aku suka! SYABAS KEPADA KORANG!
Just nak bg idea camne band dan organizer leh buat duit...
TRIBUTE ROCK KANGKANG PART 1
The Annexe
16 Feb 2008
Organizer: REVENGE ARMY
Bands:
Nuclear Strikes
Dharma
Rusty
PMG
Qabul
Spazztic Chaos
Cosa Nostra
Leather Charm
- Setiap band diminta untuk contribute RM 150
- RM 100 adalah contribution pada gig
-Balance RM 50 adalah deposit, hanya akan dipulangkan jika band mengikut syarat2 organizer, eg: dtg on time.
- Band akan menjual tiket mereka sendiri, RM 15...RM 10.00 adalah untuk band, dan RM 5.00 adalah utk organizer
modal organizer:
Flyers: RM 100 (contoh)
Sewa Tempta: RM 500
Sewa Equipment: RM 500
TOTAL: 1100.00
So bayangkan, jika satu band ada 5 org...sorang hanya perlu carik carik 4 org utk dtg ke gig so...
1 band = 20 crowd
payment 1 band = (20 x RM 10.00) - RM 100 contribution
* band still akan dpt RM 100.00
kalo utk organizer
8 band = 160 crowd
so organizer dpt = (RM 5.00 x 160) + (8 band x RM 100) - (rm 1100 modal)
organizer still dpt untung RM 500
band akan dpt RM 100 each
gig akan ada 160 org (penuh woo)
even kalo tiap2 band tak berjaya dptkan crowd.. gig organizer cuma rugi RM 300.00 jer..
-REVENGE-
www.myspace.com/revengers
www.myspace.com/armyrevenge
aku pernah buat gig yg mcmtuh mase tour 2003 penang-ipoh-kl gig, kami kontribute satu band sorang RM100. ianya hampir2 sama dgn apa yg saudara cakapkan.
dan Insyallah tour nih akan jalan lagi untuk tahun nih, tgh tunggu komfermasi dari budak penang dan kl.
kenape idea nih bagus? sebab band same2 rasa untung dan rugi. tapi, die ade pro dan kotranye.
i like this topic.nk bagi few comment lah.me myself,pnh gak organize gig.n from that,i can see..a lot of problems berlaku.ok..mcm ni.psl main gig free..
1st..kdg2..organiser akan tye band tu sndri..nk perform ke x..n didnt mentioned anything about payment..so..yg tu..kene fhm sndiri lah rite..after gig,baru bleh bincang psl duit tu pn kalau ada untung.so means that,kalau ada untung,sume band dibyr fair.kalau xde untung,sorry ah.2 2 kene tanggung la kalau mcm tu.if band tu dr awal lagi mmg dah mnta payment n dah agree by the organiser,but then,after gig,xbg pn payment..mmg salah organiser sbb janji kosong.
if brg rosak ke..ape ke..organiser jugak kene tanggung..n maybe some organiser akan tolak payment dr band yg rosakkn brg tu.fair..organiser,tugas banyak.kene kluar modal byk jugak.
psl trend glamour tu..yg psl band hometown..yg tu..aku tgk..mmg btul lah berlaku.
tp aku kalau organize gig,aku xkn buat mcm tu.semua akan dbyr kalau gig untung.becos for me,the main point aku organise gig,bukan psl duit atau untung,ni utk band jugak.for music.kenalkn band kpd crowd..to tell them what is music.
byr band plak utk tunjukkn penghargaan aku kpd diorg.
lagi 1..pasal band..ni bukan nk ckp ape lah,ternyata band x otai,masih baru,main mcm ape tah,dah anggap dh anggap diorg mcm rockstar,pastu mintak payment lebih2.yg ni aku mmg x suke ah band mcm ni.ape diorg igt music ni utk duit semata2 ke ape?kalau mmg dah band otai,aku x kesah ah.aku fhm.diorg dah lama main music.
so..solution,band kene phm posisi organiser n organiser jugak kene phm posisi band.tu yg penting.bende ni sume utk kebaikan masing2..utk scene ug jugak..tanpa organiser,band xdpt nk pergi jauh.tanpa band gak,organiser nk organise gig ape?huhuhu.
Gila dah mana larat dah..doluuu moleh la,asyik band jer nak support organizer..band cam mana?? badut ke!!!
Ermmm..RM20 cam kenal jer..hahahaha.
Come lah organize u fun, we fun la..
jgn u fun, we fcuk..
Fair n square..deal??
sorry lambat update arini, pasal malam tadi sibuk dgn recording untuk Lydias Diery di ipoh.
for lyn, AKU NAK MAIN DKT GIG KAMU! :)
yup.. band tak demand, band cume nak merase sikit je, tak banyak, sikit je bro.. kami bukan demand pun. harap organizer dan band masing2 boleh paham dah situasi nih sekarang, kalau dah same2 saling memahami, takkan ade lagi cakap2 blakang.
bagi kenyataan yg mengatakan band lepas main, terus blah. tak semua band mcmtuh, dan tak semua band leh tunggu sampai pukul 10-11 malam. organizer pun kene pahamla. lagi2 kalau band jauh.
untuk band yg lambat dtg plak. tolonglah berenti sikap buruk ala rockstar. bile band dtg lambat, jadual kene ubah, gig start lambat, crowd bising, band lain tak puas hati. bukannya sultan nak tunggu2. tolong ubah sikap skit ok?
aku suke betul bile korang berinteraksi mcmnih. serius aku suke. salute to you all!
tentang gig free tu ada yg aku setuju..
tp dr pengalaman band aku dr tahun 1999 sampai 2007 ni ada yg dpt bayaran ada yg x dpt lngsung..
kena tipu pun ada gak..
tp kami x penah demand for payment la buat masa skang..
sbb kami masih mampu utk support travelling disebabkan masing2 da bekerja..
bab payment ni sebenarnya bergantung kepada cara organizer tu organize gig..
i mean cara dia promote gig tu..
i think we have to be smart when choosing or accepting an invitation to play for shows..
kira dulu budget band samada cukup atau x untuk band kita travelling jauh2..
dan tanya dulu organizer tu samada band kita akn dpt payment or not..
like i said we have to work hard for our band and we need to think smart too!
otherwise people will con us for no particular reason!
ruhaifi
eah... ulasan anda sudah dibaca... gerek... anyway, htx wasn't been reviewed & rasanya takde mende nak approve ler... keep up with your writings mate! haha... pasal gig tak dibayar... sepanjang htx wujud since 10 tahn lepas, kena bayar cuma 4-5 kali je :) - adii HTX
elly rocker,
pembetulan,aku pmpuan.bukan laki.bukan bro.ekekekekkee.nk tye 1 soalan je,ko band mane eh?=D
hahahaha!
sori sis!
aku dari band the hans dari ipoh
ko bleh dgr lagu aku kt sini
http://amp.channelv.com/thehans
http://www.myspace.com/thehans
hihihih..aku dh bace dah..betul la ape yg kau ckp tu..actually organizer kene bayar..kalau x dpt banyak sikit pun jadilah..at lepas la kan penat lelah dan sbgnye..aku penah melalui kedua² situasi..aku jugak pernah organized gig..and band aku pun ade main gig..tp serius bg aku every organizer kene makesure every band dibayar..and lagi satu equipment yg digunakan kenelah bagus sound die..for biar byr mahal sikit utk rental equipment janji org yg dtg puas..yg performed pun puas..
lately ni kan..aku tgk bebudak buat gig dh mcm pegi kedai mamak order teh tarik segelas pastu minum..ianya semudah ABC or 123..kire cam semue org boleh buat gig..tanpe nak pikir bende² lain..yg dorg tau can make money..yg lain x nak tau..lagi satu..semue organizer x unite..maksud aku x unite cthnye dlt 1 hari kt KL boleh ade 3 gig yg berbeza..what the fuck..!!??
yelah semue ni terjadi bile semue org rase mudah nak buat gig..just petik je jari gig boleh dijalankan..ye mmg betul band dh semakin banyak...tp kualiti sesebuah gig tu harus dititik beratkan..especially dr segi soundsystem nye..band² yg performed,tiket price..dll, gig delay pun sering berlaku..kdg² crowd x sampai..tp normally band yg selalu sampai lewat..so kt flyers tulis kul 1 tp gig start kul 4ptg..aku x tunding jari kt sape² even gig yg aku buat pun same jugak..tp kite kene cr solution utk selesaikan semue masalah ni..
sbb kite xleh nak tunding jari kt band je..kite jugak xleh nak marah organizer..kdg² ade band yg dtg utk performed pastu bwk masuk crew smpai 2/3 org..awek² lah..so camne organizer nak cover tu semue..kalau tiket rm10 each band bawak 2 org masuk free kalau 10 band dh berape ratus rugi..tul x..
tp aku x nafikan mmg ade organizer yg buat gig just nak untung..and bg aku..yg paling penting sound system n equipment kenelah bagus..barulah kite dpt mencapai status yg tinggi for everyband..and crowd yg dtg pun berpuas hati dgn duit yg dibayar..
ehehehe tu salah satu pendapat aku lah
SIDE CIRCLE
hehe..best nye topik ni ...betol tu kalo nk bt gig kena la set barang bagus..amp , drum n semua.. penah aku tgk gig barang mcm nk pecah ..dh la panggil band dari oversea main tp barang truk gile .. sampai mat saleh tu geleng kapla sbb sound tak dapt hahah... tp tu la ...tak payh la kot pangil band oversea sdangkan kt msia ni byk band yg tgh naik n bagus..pas tu malu la kalo pangil band lua negara ni tp preparation utk soundsystem tak teruk ..kuikuikui...
elok lg kalo panggil n bayar band kite je yg main dari .at least supot band msia daripada kite agong2kn yg lua..
tak salah nk ajak band dari lua main tp preparation soundsystem kena la bagus ..dh la music equipment kite ketinggalan jauh keblakang brbanding derang...heheh tu ape yg aku tgk mase gig tu , tu sbb aku komen cam ni..
stuborrn
eh silap taip...
"pas tu malu la kalo pangil band lua negara tp preparation utk soundsystem teruk ..kuikuikui..." ahahaha sowi tuan umh
to my friend...elly, keep on writing, keep on rocking...appreciation in not about money kan elly...kalau dihargai...kita rasa puas walaupun tak seberapa yang kita dapat...
so haraap mana2 organizer...please appreciate what our undergroud scene and indie band has cotibute, please help them to help you...
btol tuh stubborn, bukan sebab kebulur duit sgt, cume nak paham je.
bile kite taknak main gig, band di chop belagak, demand. bile kite accept pelawaan, band dikatakan nape nak main kalau takde payment?
jadi mintak tolong la stop 'pergunakan' band lagik. dan jgn gunekan band untuk buat profit, kalau nak buat profit, bg le skit.
wow.. topik hangat ni. Maaf lambat.
Komen aku simple - Dalam dunia realiti sekarang, sesuatu perkara atau benda yang menggunakan tenaga dan masa seseorang, harus dibayar dengan setimpal dengan apa cara sekalipun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
Aku bagi contoh - Kau nak pindah rumah. Kau mintak tolong kawan kau angkut barang. Dia pun susah payah angkut barang kau naik atas lori. Habis masa dan tenaga dia. At the end of the day, paling tidak pun, kalau kau bangsat sangat, ko hulur dia rokok 2-3 batang betul tak?
So sbg organizer, kau panggil 'kawan-kawan' kau main muzik untuk event kau, paling tidak pun, kalau kau bangsat sangat, tak boleh ke kau hulur 2-3 puluh ringgit??
Pikirkan..
Main free = charity.
Sekian terima kasih. Peace bro!
alooo
PANAS!!PANAS!!PANAS!!aku suka topek nie!!mmg skrang orgenizer x reti jga band..aku main muzik dah lama dah,last aku dpt payment thn 2003 klo x silap ler..mase tyu aku main kt blue planet!band besor² pla tu..x dpt bayar byk CIPUT pn jd ley..bkan minta POMPUAN pon!!nak kate ayer buat tekak basah pn dh xder skrang nie hah..xkan nak mintak ayer lior orgenize utk buat tekak basah kot..bang bukan kura² main dok diam jer.showmanship mesti ader baru ader crowd.tol x??
SALAM...KEPADA SUDARA ELLY YG DI SAYANGI,eley kalo gua nk wat gig caklempong ade org nk dtg x?nie untie su yg orgenize...
band yang bijak adalah band yang akan deal dulu dengan organizer berapa bayaran mereka dapat sebelum main show yang organizer tu buat
organizer yang bijak adalah organizer yang memastikan mereka ada modal yang mencukupi untuk organize show merangkumi payment untuk band² yang telah mereka deal sebelum show tu bermula.
:)
sejak topik ini dibincangkan secara berani, aku ade nampak kebajikan band2 telah mula diberi perhatian sikit. band pun ade yg mula sedar benda nih, organizer pun ade yg dah ubah skit atitut mereka. alhamdulillah, aku harap benda nih bukan perubahan sekejab je. same2 seronok, same2 behibur.
bagi organizer yg sakit hati dengan aku, sila lihat kesilapan diri dulu. okep?
bagi organizer yg selalu bantu aku, aku tak pernah lupe apa yg korang berikan. terima kaseh kerana bantu band aku selama ini. thanks a lot!
tahun nih ingat nak aktif balik, so nantikan comeback kitorg. peace!
Salam To All Reader..
Apa pon topik dalam ni,aku setuju dan tak setuju,boleh ker macam tu ?? hahaha.kah kah...aku cuma nak cakap,elly tetap King Of Squirt Collection !! Hahaha..bila mau lepak lagi woik abang polis..huhuhu....
sdh menjadi adat resam bands & organizers mempunyai demand & request msg2 tetapi bg aku,personally,setelah terlibat dlm gig ni brmula thn 1994-skg sbg crowd,organizer & co-partner,menganjurkan gig d msia ni erutamanya dlm masa2 selps isu2 kontroversi adalh amat mencabar bg organizer & band.bagi band metal lagi mncabar bgtu jga dgn organizer gig metal.dlm tempoh trsbut ada beberapa band yang tidak kisah & tidak ambil pduli dgn royalty.dlm masa yg sm pla trdpt band2 yg mengambil sikap sedemikian akn ttpi cakap blkg organizer & mbr2 lain.
Persepakatan organizer & band adalah amat penting dlm bentuk 'black&white'.
Teladan yg aku perolehi selaku organizer adalah PASTIKAN ADA KONTRAK DGN BAND.Tidak kirala band bsr & kecil.Amalkan sikap begini.Krew juga jgn sekli2 diabaikan.Peranan mereka amat penting.
Bagi yg terhad dr segi modal, royalti tidak semestinya dari segi duit. Mungkin t-shirt gig (klu ada).Dan ini paling bagus,sediakan makanan & minuman bagi band & krew. Makanan yg dimasak sendiri & air mineral pun sdh ckup baik.
Klu ada masa yg ckup mkn bersama2 dgn band & krew.Pergaulan sosial akan lbh mengeratkan hubgn antra organizer,band & mbr2.
Dan bg organizer trutamanya yg first timer jgn trlalu teruja mengadakan smp mengabaikn kebajikan mrk2 ni smua.
Ada beberapa band yg pnh menyuarakan ketidakpuasan dgn sound system yg disediakn organizer.Pun,blh menjd isu jga.Byk lg la.
RANCANG DGN TELITI,SEDIAKN MODAL SECUKUPNYA,BUAT.Yg pentg jgn sebarkan dlu news nk bt gig unless ada unexpected matter yg brlaku barula gig news yg sdh disebarkan trpksala ditangguh @ batal.
Hanya kita di Msia yg tau keadaan sebnr hal dalaman penganjuran gig bknnya org luar.
Hulurlah duit biarpun kpd band baru sekiranya ada xtra. kpd band, mintalah tapi pastikan anda buat sehabis baik kerana crowds membayar utk melihat anda beraksi.Walaupun x dibyr ttpi anda tlh menerima pelawaan organizer & anda seharusnya beraksi dgn baik.Crowds x tahu yg anda x dbyr ttpi anda tahu yg mrk tlh membeli tiket.
Beginilah dunia muzik.
If the deal of both sides hasn't reached any agreement then move urself professionally.
Alhamdulillah, idea pre-sale ticket utk Tribute to Rock Kangkang yang dianjurkan oleh Revenge Army dpt dijalankan dgn jayanya :-)
walaupun 5 drp band2 adalah first timer, tiap-tiap band mendapat dlm rm300 hingga ada yg mencecah rm600/band hasil collection mereka sendiri..
terima kasih utk EllyRocker kerana mempromosikan gig ini... Wa Caya Lu!
Post a Comment