Tuesday, February 24, 2009

My 3rd Gig For 2009

SABTU ni jgn lupa menghadirkan diri ke Launch Party The Hans dan Mustard. ade byk goodies nak bg free kt korang. sabtu nih jugak t-shirt The Hans akan dijual dengan harga RM30 sahaja. Hasil usahasama The Hans dan Abstrax Jingga clothing. jgn lupe beli! limited copy je jual beb! ade 2 kaler je. hitam dan putih.


Saturday, February 14, 2009

Tido lagi time senja

razaisyam tipun aku cakap die nak buat spesial tribute gath untuk budak Empire, so aku kate go on la. petang tuh sorang2 muncul. pyan ngan isterinya ariya, art datang peluk aku terus, bini dia maini tgh dok cium2 pipi ngan ariya. dee plak dtg ngan along, fendi plak dtg terus pelok, tegolek aku jatuh kt lantai. kot ye pun rindu jgn le tolak aku sampai tegolek. wan ngan nora dtg sekali sama hawa. sempatla jugak aku tepuk2 blakang kawan aku sorang nih. memang dah lama sgt kitorg tak jumpe. ape yg si razaisyam tetibe nak buat gath tah. dari mana die tau pasal empire records pun aku taktau. die kate persahabatan kitorg klasik. ceh. mcm2 le ayat seorg director pendek nih. dari pintu tuh aku nampak boi ngan ijan dah sampai, mcmana aku tau diorg sampai? aku terdengar bunyi motor skuter tebuan (kitorg panggil motor mak lampir) boi tuh. memang semua org tau motor die kalau start, satu ipoh dengar. mcm tokey kedai moto cakap, "boi.. you punye motor sudah kuat!" yela tuh kuat. abah die kuat. tuh bunyi eksos yg kuat le tokeh. boi bole le hang kelentong. samar2 aku nampak empirean dari kl pun turun. zati, aliya, tam, dan beberapa yg muke aku kenai, tapi nama aku dah lupe. naik van nampak? wah. pasti kali nih gath nih sgt besh. tak sabarnye nak makan! hihih!

makan pun si razaisham sapot. apekehenye die nih? kepasal kes pelok aku kt gig arituh, die jatuh cinta ngan aku? ceit! gay punyer budak kecik pakai spek mata. yg kelakar tuh, siap ade banner gath kali nih. aku rase mcm BN memang bertanding je, siap ber banner2. tak kisahlah. janji arini aku dapat jumpe semua kawan2 aku! aku rindu gile ngan diorg! yang pompuan dok berkumpul mengkumpatz empireans yg lain. biaselah. diorg memang mcmtuh. aku mmg paham sgt. yg geng laki biasela, main daun terup. barula lelaki bile berjudi! eh, taklah. saje je. kami baik2. kami main music je. todi pun kami tak minum ok. lama tak buli wan. wan asyik kene kutuk je pasal die suke cakap silap. last2, semua org terjangkit cakap silap mcm die. damn you wan!! lama btol kitorg tak happy mcmnih. gelak mcm org gila. pastu cerite2 balik zaman2 wan ngan art tido kt tkk. sebabnye dah lewat. wan takleh nak balik umah. losernyer korang berdua nih.

lepas sesi bergambar, aku rase dah tak besh dah. awat nak balik awal sgt? aku rase mcm kejab je. aku suh diorg lepak jab, tapi diorg kate kene balik. tak boleh lama2 dah mcm dulu. takleh dah stay dari malam sampai tenghari pastu petang dtg balik lepak. dasat kan? org gila pun tido. art datang pelok aku. aku rase kuat sgt. pastu wan dtg plak pelok aku. aku taktau apesal, tetibe art nyanyi lagu Across The Night - Silverchair. dapatla jam sepam. rindu aku dengar sore art. mcm sore lelaki pondan. high pitch dari mula sampai abih. memang dasar ayam btoi.

PAP!!! aku terjaga, aku tgk dah gelap dah bilik aku. kt laptop aku dok terpasang lagu silverchair tuh. damn. tetibe aku rase sedih gila. tetibe je aku emo, aku tipun buah hati aku, nangis teresak2. buah hati aku tergamam taktau pasal pe. mesti die ingat aku kene rogol or kene cabul. biaselah, laki macho selalu kene goda. mestila die risau kan? yg sebenarnya aku rindu kt art ngan wan. damn. lama gila tak jumpa diorg. mule2 stress gak aku pikir pasal mimpi tuh, tapi pas dengar sore buah hati, aku ok terus. :) baru aku sedar, kitorg memang rapat gila dulu. bukan dgn art danwan je, kesemuanya yg di ipoh terutama. boleh kate tetiap hari keluar, buang masa kt pasar bulat. pow duit ariya nak jaming, minum sirap free kt ayong, tong2 duit makan nasik. art dah mcm ayah dah mase tuh. sebabnye die suke2 je melantik diri die jadi ketua. so terpakse jela terima. kang tak setuju die merajuk. tapi die memang ade kepimpinan menjadi seorg ketua pun. siyes. die memang layak pun melantik diri die sebagai ketua. Art, terima kaseh sebab dengar masalah aku dulu2, terima kaseh sebab pujuk aku mase aku taknak sambut besday aku kt SYJ super kinta. sian kt korang, dah siap beli kek semua, tetibe besday boy tak datang. dok enyorok kt stadium bdminton. mana tak terharu. tuhle 1st time kawan2 aku sambut besday aku. sedangkan aku ngan famili aku pun aku tak sambut. siap ade kek, hadiah pelbagai. terima kaseh sgt2! wan, terima kaseh sebab selalu teman aku kt studio, selalu tido kt umah aku, melalak lagu ugly kid joe pukul 7 pagi, masak hang nasik goreng (masin skit, sorila, aku terlebih bubuh, mamai) boi ngan ijan, walopun kroang dikira junior empirean, tapi korang the best! aku rindu umah flat, rindu tgk boi muncung2 mulut bile ade org tido kt kerusi panjang die, rindu tgk ijan basuh baju 2 minggu sekali sampai hitam keluar air tuh. gelinya aku. oh, dan tak lupe malam kite main baling2 spender kt bilik depan. tak sangka kan? byk gila rupenye spender kt dlm bilik tuh! hahaha! utk along, sori aku gune spenda hang buh kt gitar kapok. habih loose getah spenda hang. sori beb, bile tgh hyper, aku main bedal je spenda sape yg aku nampak. pendi pun sama, sori sebab tgh tido aku baling spenda kt muke hang, tapi ko tetap cool. tak pernah nak marah. aku baling spenda kt muke pun ko bgn senyum je, pastu siap join main baling2 spenda lagi. u rules!!!

dan pada semua, cerita di atas adalah mimpi aku senja tadi. tuhla, tido lagi time senja..

boi, aku tau hang suke sgt nyanyi lagu nih time kt flat dulu. lagu nih khas utk hang :) sila nangis sambil pelok abg lilin okeh?


Friday, February 13, 2009

Pendusta?

ade org suka dusta dengan awek/pakwe die, ade org suke dusta dgn kawan2. ape ade ngan Pendusta?

Tak pernah ku rasa
Sepi sebegini
Rindu ku padamu
Bila ditinggalkan

Mana sumpah dan janji
Setia padaku manis hanya dibibir
Oh pedihnya bicaramu terpaksa aku terima
Walau kering airmata tak sanggup berpisah
Indah cuma kata-kata
Kau pendusta

Satu yang ku luka
Ribu yang kau lupa
Itulah sikapmu
Yang sering mengujiku

Setiap perasaan
Ada cipta nilainya
Berikanlah nikmatnya
Untuk di rasa
Bukan di noda
Untuk di cinta
Bukan di dusta

Solo

Mana sumpah dan janji
Setia padaku manis hanya dibibir
Oh pedihnya bicaramu terpaksa aku terima
Walau kering airmata tak sanggup berpisah
Indah cuma kata-kata
Kau pendusta

nak tau lebih lanjut lagu siapa nih?


Monday, February 9, 2009

Selamat Tinggal Windows XP dan Selamat Datang Dunia Open Source

Setelah percubaan aku yg pertama nak tukar pakai ubuntu terbantut kerana byk sgt coding yg aku kene taip, terima kaseh kepada saudara peyyan yg memberi solution terbaik utk dapat base ubuntu yg lebih MESRA. dia memperkenalkan aku dengan Linux Mint. dan ia betul2 memikat hatiku, jadi sebelum aku ke melaka sabtu tuh, aku dah install Linux Mint ini. dan setakat ini aku sgt2 puas hati. di atas ialah screenshot Linux Mint aku. nak tau ape yg besh? semua driver aku die dpt detect, dari bluetooth, card reader, wireless dan sebagainya. hanya dengan 1 Live CD je. Antivirus? ape tuh antivirus? haha! takyah pakai antivirus pun adik2 oi :) OPEN SOURCE IS THE LAW! (nyanyi mcm lagu Sodom - The Saw Is The Law)

Thursday, February 5, 2009

Dirgahayu oh Negeriku

Datuk Dr Zamby MB baru Perak
Feb 5, 09 10:19am

kemaskini 8pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak.
zambry abdul kadirPengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak i Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.
Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ambry sebagai Menteri Besar.
Barisan exconya akan mengangkat sumpah Selasa depan.
kemaskini 7.50pm Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.
Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.
Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS.
Beberapa pemimpin atasan gabungan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan mereka di situ.
kemaskini 6.26pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.
Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.
Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.
kemaskini 6.13pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.
Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri.
kemaskini 5.52pm Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.
kemaskini 5.01pm Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.
Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.
perak bn takeover crisis 050209 fru block sukkemaskini 4.55pm Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.
kemaskini 4.50pm Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .
Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.
perak bn takeover crisis 050209 pakatanSetakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.
Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di kediaman menteri besar seawal 7 malam ini.
kemaskini 4.40pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar.
Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.
Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti.
Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.
Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.
"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.
Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama.
"Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.
kemaskini 4.05pm Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.
Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.
Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.
kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.
Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.
Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.
Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan.
Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.
kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.
Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
kemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

Tuesday, February 3, 2009

Twee As Fuck Issue No.3 and No.4

Finally Twee As Fuck fanzine come with new issues guys/gals. just click the image to read it online, or you can download the pdf format on their page :)

issue no. 3 - interview with : Laetitia Sandier, Love Is All, Connan Mocasin, Je Suis Animal

issue no.4 - interview with : Asobi Seksu, Rose Melberg, Those Dancing Days