Thursday, February 5, 2009

Dirgahayu oh Negeriku

Datuk Dr Zamby MB baru Perak
Feb 5, 09 10:19am

kemaskini 8pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak.
zambry abdul kadirPengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak i Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.
Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ambry sebagai Menteri Besar.
Barisan exconya akan mengangkat sumpah Selasa depan.
kemaskini 7.50pm Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.
Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.
Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS.
Beberapa pemimpin atasan gabungan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan mereka di situ.
kemaskini 6.26pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang.
Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.
Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tengah hari ini berkata polis tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang mengadakan sebarang perhimpunan di negeri itu.
kemaskini 6.13pm Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.
Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri.
kemaskini 5.52pm Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.
kemaskini 5.01pm Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.
Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.
perak bn takeover crisis 050209 fru block sukkemaskini 4.55pm Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut.
kemaskini 4.50pm Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .
Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.
perak bn takeover crisis 050209 pakatanSetakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.
Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di kediaman menteri besar seawal 7 malam ini.
kemaskini 4.40pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar.
Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.
Beliau juga berkata, Speaker DUN telah memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan surat peletakan jawatan bekas Adun-adun Pakatan yang keluar parti.
Menurutnya, adalah wajar untuk menunggu mahkamah memutuskan kes tersebut.
Oleh itu, katanya, majoriti BN (sekarang) mungkin tidak sah.
"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.
Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama.
"Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.
kemaskini 4.05pm Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera.
Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing.
kemaskini 3.28pm Speaker DUN V Sivakumar mendakwa dipujuk menyertai BN dengan sejumlah wang dan jawatan penting peringkat negeri dalam MIC.
Lobi agar mereka meninggalkan Pakatan Rakyat bermula sejak selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas.
kemaskini 3.20pm Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.
Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.
Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.
Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan.
Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.
kemaskini 2.33pm Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini.
Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
kemaskini 2.14pm Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

2 comments:

semutaro said...

bubarrrr dunnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!1

semutaro said...

deyyyy mamak....nasik wongge satu takmua sambal ye...ayam kasi itu dada...tak mau kepak tau...air 3 layer satu air kosong satu...jgn silap arr nanti aku sepak kalo silap...dah pegi cepattttt