Photobucket

Monday, May 26, 2008

To Ijan & Jenab, SELAMAT PENGANTIN BARU


buat sahabat aku saudara sharizan sahab. selamat pengantin baru aku ucapkan buat anda. moga di murahkan rezeki dan ceria2 selalu bila kehidupan berkeluarga. :)

Sepasang pengantin, Ali dan Siti , akan melalui malam pertamanya.
Setelah acara buka hadiah selesai, sepasang pengantin ini masuk bilik. Di
bilik ada lagi hadiah dari kawan kawan mereka. Satu persatu kotak hadiah di
buka,mendadak Siti tertawa happy. Apa pasal? Rupanya ada sepasang kasut
untuk dia... dia nak cuba pakai, ternyata kasut tu sempit. dia terus
memaksa,namun sia-sia. Ali yang melihat terus bertanya:

Ali : "Kenapa, terlalu sempit?"
Siti : "Iya bang, sakit ni..."
Ali : "Saya masukkan perlahan-lahan ya?"
Siti : "Baik bang, tapi jangan kuat kuat ya?"
Suaminya membantu memakaikan kasut sempit itu di kaki isterinya dengan sedikit memaksa.
Siti : "Bang, sakit bang... anunya terlalu sempit..."
Ali : "Tahan sikit, saya cuba lagi ya?"
Tanpa mereka sedari, orang tua mempelai perempuan, Mak Minah, pasang
telinga di balik pintu kamar pengantin... rupanya ibu mempelai
perempuan dah fikir lain... dia tidak tahan mendengar anak perempuanya yang
mengalami kesulitan malam pertama, jadi sebagai ibu terpaksalah dia bagi
sokongan dari balik pintu.

Mak Minah: "Kenapa nak, susah masuknya?"
Siti : "Iya maaak..."
Ali : "Kecik sangat barangnya... "
Mak Minah : "Coba sapu dengan air liur..."
Ali : "Ok saya coba mak."
Siti : "Cepatlah bang, sapu dengan air liur..."
Dengan tergesa-gesa pengantin lelaki menyapu seluruh permukaan kaki isterinya dengan air liur.

Ali: " Cuba masuk lagi ya sayang???"
Siti : "Iya bang..."
Setelah dimasukkan kaki yang disapu liur tadi ternyata dengan mudah masuk.
Ali : "Nah... masuk pun???"
Siti : "Iya... tapi..."
Ali: "Kenapa, masih sakit ke?"
Siti : "Iya, tapi taklah sakit macam tadi."
Mak Minah: " Kan dah boleh masuk kan ? Sekarang tinggal kena goyang je.
"