Photobucket

Saturday, December 29, 2007

Semua Band Kene Ada Lagu Melayu Kalau Nak Top?

tak dinafikan lagu2 melayu sekang nih tersangatlah top di corong2 radio, di gig, di bibir2 pelajar.. Adakah ini TREND terkini? mari kite bincangkan!

OAG, FLOP POPPY, THE TIMES, HUJAN

4 nama yang gah memperjuangkan lagu2 dalam bahasa melayu. dan ade gak salah satu dari band tersebut yg pernah mengatakan lagu melayu susah dikomesilkan (dulu la..) , tapi kini dah pun memainkan lagu melayu jugak. dari segi positifnya memang benda nih akan memartabatkan bahasa kita. dan rasanya hampir byk band yang ade lagu melayu sekurang2nya 1 untuk target market. jgn marah ok? tapi memang untuk target market bukan?

tujuan post ini dikeluarkan adalah untuk membincangkan perlukah kite terkejar untuk buat lagu melayu sebab org lain pun ada lagu melayu? bukan ape, ade seorg hamba Allah yg pernah sound band aku kenapa main lagu inggeris, padahal semua org buat lagu melayu. jawapan aku satu je.. SUKATI AKU LA NAK MAIN LAGU INGGERIS KE LAGU MELAYU KE. sebab benda nih hak masing2, kalau aku dok terkejar trend je, bile masa band aku nak ade PRINSIP. semua org boleh menentukan musik ape yg nak dimain, dan bagi aku tak payah nak pertikai ape jenih musik yg aku nak main. yg penting ialah berusaha menilai band sendiri dahulu sebelum menilai band org lain. dan ini band aku.. bukan band ko. kalau band ko nak buat lagu tamil pun aku tak bangkang, sebab itu hak ko. jadi jgn pertikaikan kenapa aku takde lagu melayu. kenapa? kalau takde lagu melayu, aku berdosa ke? tak up to date? biarlah tak up to date, tak kisah la. sebab bukan itu yg aku nak kejar. memang tak dinafikan lagu melayu boleh membuat penjualan cd bertambah, mudah dikenali ramai. tapi kalau main sebab nak ikut trend je buat ape kan? tapi tetap gak org tak kenal band die :p tuh yg aku heran. kate up to date?

nak ditegaskan disini bahawa, aku tak menentang sesape pun nak main lagu bahasa ape pun, cuma satu je.. RESPEK DGN IDEA ORG. kalau org tuh taknak main lagu melayu, takyah nak pertikaikan. masing2 ada idea yg perlu dihormati. jangan main ikut sedap mulut je bantai. beza ko dgn aku dlm musik nih jauh sgt.. dan aku rase ko masih budak2 lagi.. yg baru tekinja2 nak kenal apa itu musik bile bersama band. bawak belajo respek org yg berilmu sket, takde ilmu, cari. jgn berbekalkan ilmu besa kuman dah gah mcm kembang semangkuk. PEACE!



ARE YOU READY FOR LOVE?



20 comments:

robet yoyoronos said...

nak top kena lagu melayu la kot..tak semer yang bley nyanyi lagu omputih tanpa tergeliat lidah, mat rempit yang tak brape paham omputih pon bley dedicate lagu bermesej cinta pada awek2 dorang betoi tak??..aser aku terpulang pada band itu sendri la kat mane dorang nak pergi..asernyer imaginasi seseorang lebey mudah ditelan dlm bentuk lagu, gurindam, seni etc..ade sebab ia dipanggil seni musik dan mereka yang takleh masuk, atau tak ske, sila la dgr lagu2 yang anda ske..bagi sesiapa yang mengatakan tak ikut trend, sila tenung diri anda dlm2..dan akui la anda salah adalah seorang dari trendies yang agak bangang. siler bunuh diri anda..fak trendies!!!

robet yoyoronos said...

*anda adalah salah seorang* eheheh mahaf tonggang terbalik ayat aku nih

Edd Vedder said...

Ada kebenarannya juga kalau dikatakan lagu melayu boleh membuatkan sesebuah band lebih dikenali, lebih mainstream dan lebih cepat popular. Tapi tak semua lagu sesuai dgn lirik melayu. Dan tak semua band yang buat lagu melayu popular.

Bagi aku semua bergantung kepada ekspresi. Kalau aku menulis lagu, aku lebih senang luahkan dalam English. Aku rasa lebih puas. Maksud lagu yang aku hendak sampaikan lebih jelas mesejnya. Dan kalau aku rasa lebih puas menulis dalam Bahasa Melayu (mcm aku tulis di sini), mungkin aku akan menulis lagu Melayu.

Bahasa apa sekalipun, irama dan lagu yang lebih penting. Kalau tak takkan la wujud album instrumental.

Peace bro.

Elly Rocker said...

bab2 trendies nih aku no komen pasal aku jugak trendies

jiwa aku metal, tapi keinginan aku indie.

sebab itu aku selesa dgn status open minded.

sebab aku percaya, mana2 music yg indah dan diterima dek telinga sendiri, wajib kite hargai.

Elly Rocker said...

terima kaseh kerna memahami aku

cuma aku bengang bile dikatakan tak up to date.

kalau lagu die up to date, kenapa sampai skang nama band die org tak tau sgt? syok sendiri kot?

inggeris ke melayu ke bukan jadi persoalan sebenarnya. dia atas diri pembawak jugak. mcm encik vedder cakapla, kalau kite senang nak ekspresi dlm melayu, die leh go on dgn lagu melayu

dan kalau org taknak, JGNLE PAKSE!

Insyallah debut album The Hans muncul awal bulan Februari. harap2 ia satu comeback yg berjaya. AMIN

robet yoyoronos said...

ntah la..perkataan poseur tak bley diguna pakai skang nih, sbb aku pon sendri melompat2 dari bermacam2 music...perkataan trendies juga agak keras kerana sedikit sebanyak mengutuk diri sendri juga akhirnye eheheh...

cuma aku tak brape suke kalo semer org wat lagu melayu, kiter pon terhegeh2 nak buat gak..sesetengah org berkarya utk org, ader juga berkarya utk diri sendri..indah sesebuah lagu bukan pada bahasa aje, canteknye terletak pada semuanya skali..dari arrangement, lyrics dan etc..

sukar nak puaskan semua pihak, sebagai contoh, tak semer ske perut ko yang berbulu hitu, namun awek ko berpendapat perut hitu sgt la cumil walopon terlampau jauh kedepan..

jadi di platfom mana kite nak berdiri, terpulanglah..juz be true to urself..yang penting respect idea org sblm kasut dimuka

CHINOZZ said...

"cuma aku bengang bile dikatakan tak up to date."


ADE YANG CAKAP KO MCM NI KER?
CEH..
suh dia update kan lah...

update sgt kah?
hahahha...

ini mcm pun ada ka?

Elly Rocker said...

btol amat cik boi. aku sokong!

*aku benci nak panggil nama hang robet, mcm nama budak skinhead crusty je, sama mcm hang benci aku gune icon kt ym, mcmtuhla jugak bencinye aku nak sebut robet* :p

music itu bukan terletak pada bahasa
tapi keseluruhannya. tak salah pun nak main bahasa melayu. aku memang sokong gile! cuma lain kali respek le sket hak org nak berkarya.

sebab kalau nak ikut sejarah main lagu melayu. mase dgn Shizuka dulu lagi dah main lagu melayu. lagu 'Senyum'. so sape yg tak up to date skang nih? itu tahun 2001 tuh.. di ulangi, TAHUN 2001. 6 tahun lebih awal!

so lain kali hormat skit org. bukan nak belagak. tapi mamat nih dh naikkan api kemarahan aku. aku memang betul2 terbakar dgn kata2 die.

Elly Rocker said...

chinozz, kt dunie nih ade mcm2 org..
dan bermacam2 perangai...

so tak terperanjatla kalau ade org yg mcm nih.

so aku gelarkan mamat itu "EN MAMAT UP TO DATE'

en mamat up to date, silalah minum air kaki aku!

robet yoyoronos said...

eleh dengki...
aku panggil ko marcus nak??

Chinozzz said...

SIAPAKAH MAMAT ITU ENCIK ELLY YG ROCKER???
MARI AKU TAMBAHKAN AIR KAKI AKU SIKIT..
uhuhuh

PertMuffin said...

pertmuffin dulu main lagu melayu aje.. tetap terkenal..
koff! koff!!

Elly Rocker said...

haa!! aku terlupe.. pertmuffin lagik lame main lagu melayu.. tahun 1999 tuh.. tapi tgk.. tak sombong pun..

siap dah beranak dah lagik

*menjeling*

Elly Rocker said...

identiti die aku rahsiekan chinozz..

bior le die bangga ngan diri die..

aku pun dah maleh sembang ngan die dah

aku harap die top.. tuh aja

baik tak aku?

chinozzz said...

memang ko baik..
aku tau...
tgk muka pon tau...

ajari aku kebaikan mu elly rocker..
heuheuheuh...


p/s: kita buat band cina or india plak nak?
drg lagi glemer dr melayu kot...
ahhahah...

ilham said...

bahasa Inggeris atau melayu bukan ukurannya. Cuma jangan lupa lagu itu juga satu cara berkomunikasi sesama umat manusia.
Seniman Malaysia antara yang terbagus di dunia sebab bilingual, The Strokes hanya boleh berbahasa Inggeris sahaja tapi OAG dan Flop Poppy berdwibahasa, bukan ke lagi terer? Kita boleh cakap kita dah lama dalam industri, tapi kita kena kaji berapa tahap kesampaian lagu2 kita ke segala pelusuk umat manusia di bumi nyata Malaysia ni?

Aku rasa kejayaan Hujan bukan kerana lagu2 BMnya, tapi more like kerana ketelusan dan kemudahdengaran liriknya. Kalau dia nyanyi BM sekalipun tapi menjerit2 sampai orang tak paham, takdela menjadi.

Lagi satu, "key" yang digunakan Hujan amat sesuai dengan mamat2 dari segala lapisan. Boleh singalong. Anuar Zain ka Hazami ka, even Jamal Abdillah menggunakan key yang bukan rakyat, rakyat boleh dengar tapi kurang boleh nyanyi bersama.

zam terCinta said...

citer pasal lirik dlm bahasa melayu...hahaha, nak tergelak aku dibuatnya. dlu pernah satu mamat tu ckp kat aku;
"apsal korang buat lagu melayu...cam lagu indon aje...baik aku dgr lagu indon aje terus, sama aje."

hahaha...rase nak tumbuk aje muka dia...xtau la pasal ape. habis yg dia buat lagu ingeris tu...ape jadah nyer? baik aku dgr band yang dia influenskan tu. sama aje. sukati aku la nak influens band mana. bongok.
tapi itu dulu. masa dia ckp tu...oag baru nak buat lagu melayu. x launch lagi album dia. skang aku dh x kisah pasal dia. aku tahu ape yang aku buat. aku bangga ape yang aku buat. biarla org tak tau. asalkan aku puas. haha..

tapi lepas hujan buat lagu melayu sume org giler dgr lagu melayu.
apasal hujan top? bukan la sebab dia buat lagu melayu. tapi sebab usaha dia dlm memajukan band dia. mencari formula camne nak tekel org. lagipun memang x di nafikan...kta mesti enjoy tgk diorg perform sebab dia pandai buat lawak untuk tekel crowd. lagipun diorang memang fulltime musician. so takde masalh la bagi diorang. memang itu kerja diorang. kta fikir tentang band kta. kta ukur baju di badan sendiri. kta buat band sebab kta buat ape yang kta suka. so, pandai2 la kta bersyukur ngan ape yang kta ada. dpt main gig 2 kali setahun pun dah cukup best dan terer...hehe.

apeaku komen ni? x relevan langsung ngan artikel kat atas ni. hahaha...
sebenarnya aku bangga ngan band aku (SUKA NO. 23). aku cukup sayang ngan band aku. sayang ngan silaturahim yang ada diantara bandmate aku. bukan senang untuk dikekalkan kalo ianya bukan dtg dari hati yg tulus. biarala x femes. salkan kami puasa dan bahagia. hahaha..

aku amat berharap silaturahim ini dpt dikekalkan smpi bila2. sekian.

Elly Rocker said...

FYI, topik diatas adalah bukan mengenai HUJAN ok? supaya pembaca tak salah faham, OAG, THE TIMES, HUJAN, FLOP POPPY adalah band contoh, bukan band yg diperbincangkan.

TOPIK YG AKU NAK TEKANKAN IALAH, HAK SESUATU BAND NAK MEMAIN KAN DALAM bahasa APA YANG MEREKA MAHU.

harap dapat faham topik dgn btol.

apapun komen anda saya suka! :)

robet yoyoronos said...

tapi usaha dah bagus sgt band hujan nih..part tu mmg aku aser aku perlu buang ego aku jejauh dan memberi pujian...

namun mengikut halwa telinga aku, tak best sbb suara kembang eheheh mahaf ini tak berniat menjatuhkan sesiapa, just my 2 cents..namun kudos kepada effort korang!! wish u luck

Prue said...

Good for people to know.