Friday, April 27, 2007

Bau Ketiak Lelaki Penawar Masalah Stress?


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood,wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang....di petik dari majalah PA&MA... Feb 2004...kalau tak caya...cubalah. So bagi kaum hawa kalau tengah stress tu .. bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story.... So kalau isteri dok tension tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda yang bau kasturi tu insyaallah mood dia ok.. selamat mencuba!

4 comments:

Ibu Adam said...

ai...sekarang saya dah tau kenapa saya jadi macam anak kucing suka menyorok bawak ketiak bila dengan laki saya...uh..oh...

*blush*

Elly Rocker said...

haa... memang mule2 ingat mcm tipu awak.. tapi rasenye betul.. hahahaha!

jiwajasa said...

ah! apakah maknanya jika ketiak sudah beruban? ops! aku tidak menceritakan perihal ketiakku sebenarnya... tidak...
plloopp~! ploopp! <<---buat bunyi ngan ketiak

Elly Rocker said...

cuih! beruban itu stylo! aku juga beruban! tapi bulu idung! ah! dah bocor rahsia.. ai..