Friday, April 27, 2007

Bau Ketiak Lelaki Penawar Masalah Stress?


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood,wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang....di petik dari majalah PA&MA... Feb 2004...kalau tak caya...cubalah. So bagi kaum hawa kalau tengah stress tu .. bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story.... So kalau isteri dok tension tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda yang bau kasturi tu insyaallah mood dia ok.. selamat mencuba!

Lelaki Handsome Vs Lelaki Tak Handsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap = woow,cool giler...


kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap = eh eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap = nobody's perfect


kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap = memang....muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong
Perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap = wah..machonya..macam hero filem!


kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan cakap = entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap = sepadan sangat...


kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap = mesti kena bomoh perempuan tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan cakap = jangan sedih, kan saya ada..


kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan cakap = ...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah,patutlah, tengok saja luarannya).


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap = perasaannya halus...penuh kasih sayang


kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap = sesama keluarga memang harus menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap = matching...hebat luar dalam


kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap = bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap = pasti takut kalau2 gambarnya tersebar


kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap = tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap = ini barulah lelaki gentlemen


kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap = naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap = let me be your shoulder to cry on


kalau lelaki takhandsome bersedih hati
perempuan akan cakap = kuat nangis!! lelaki ke bukan ni


P/S : AKU LELAKI HENSEM. APE PLAK AKU TAK HENSEM.. SAPE KATE? HA? SAPE KATEEE!!! (percakapan seorang lelaki yg ego. pigi dah!)

Boy Kill Boy - Civillian


nama band ala2 gei pun ada.. tapi tuhla band dari Leytonston, London.. memainkan music indie rock.. mula dikenali sebagai Future Of Junior. diorg dtg dengan single diorg Suzie.. aku terus tertarik bila mengenali mereka di myspace.. This is the New Britrock scene.. memang lari jauh dari sound2 britpop. sape meeminati Kaiser Chief, mesti minat gile dgn Boy Kill Boy.. ah.. ape nak ckp lagi.. british bands really make me horny.. hahaha!

Download

aku... aku sakit..


smalam aku makan benda nih.. fuhh.. sedap btol.. lame tak makan.. simpan dalam peti ais.. pastuh baru makan... tapi.. langit tidak selalu cerah.. JENGGG! JENGGG! JENGGGG!!! aku bgn pagi tadi. aku rase nak ke jamban jerk.. adakah korang pun penah rase ape yg aku rase sekang nih? aku dah tak larat.. mama! tolong! Alamak.. semcm jerk bile prune dah kene blender.. mcm.. tidak!!! jamban!!

Thursday, April 26, 2007

Mocca - Colours


mocca keluar dgn album terbaru mereka.. sebuah band indie pop ala cardigans yg amat2 poppish! sejarah perkenalan aku dgn album mocca adalah atas boi aka robet (nama keeyl die) mase tuh on da way nk pg cameron highland.. 1st dgr memang mcm Cardigans.. dan suara vokalis die memang sweet sgt2.. dan ia terus dlm list band2 jatuh cinta aku.. bulan 5 nih diorg ada launching party kt indon. utk release album baru mereka ini.. silalah dgr single mereka terbaru ini..

Download

Uh.. Enaknye lagu band nih...!


Camera Obscura.. band indie pop dari Glasgow, Scotland. aku dpt nih mase kawan aku si mimin dok search sound2 ala2 Mocca.. amat mengejutkan! 1st dgr mcm Abba.. serius.. nampaknya aku telah jatuh cinta dgn band nih.. aku dah dpt 2 album die : Underachievers Please Try Harder (2003) dan Let's Get Out of This Country (2006). lagu "Lloyd, I'm Ready to Be Heartbroken" dari album 2006 adalah lagu yg btol2 buat daku jatuh cinta. dkt sini aku kongsi beberapa lagu die.. xleh ar nk bg full. kang blog aku kene kaco plak :p enjoyy!!!

Download

Monday, April 23, 2007

Etika dan batas pergaulan antara lelaki dan wanita menurut Islam

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasanampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah lepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitujuga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum Yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara LelakiDan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seoranglelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu Sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)


6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum
besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halalbaginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Rocker Pun Kahwin Jugak!

ai.. sebenarnya ini topic yg agak menarik.. yaa.. makin ramai antara kawan2 aku yg sudah mendirikan rumah tangga dan ada juga yg sudah ada anak tangga lagi.. mereka2 ini dulu pernah bersama2 aku menjadi kaki rayau, kaki jamming, kaki tido studio, kaki
lepak ahyong tkk, dan kaki pegi gig. Jasrul, Hawa, Raja, Rina, Peyyan & Ariya. dan pada bulan 6 nih sahabat baik aku juga akan mendirikan rumahtangga. dia adalah yg paling tak dijangka akan berkahwin dulu.. tapi jodoh dah ditentukan Allah.. dia akan berkahwin Insyaallah bulan 6 nih.. so wankatakom.. ini tribute untuk lu!! dah kawinnanti, kalau boring2 dtgla ipoh.. jamming.. :p ai.. rasa sedih pulaa p/s: aku tau lu marah buh gamba dlm internet.. tapi ini last gua bubuh.. hahahaha! SELAMAT PENGANTIN BARU ROCKER!!!


Sunday, April 22, 2007

Internet Mcm Haram Arini

arghhh! tekanan btol aku nak online!! asyik2 putus! babi punyer tmnet! makan duit customer, pastu servis mcm haram! er.. kenape aku marah? bukankah aku curi line org menggunakan laptop? nama pun curi.. pastu aku nak komplen lebih2.. pastu panggil tmnet babi plak.. maafkan saya.. saya dah berfikir tak waras.. maafkan saya TMNET! ai... lepas ini kena lebih bersabar..

Perbezaan antara Marjerin Dgn Mentega

Dicuri dengan selamba dari forum.. pemalasnya aku nih!

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan tert, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?

Bacalah sehingga ke akhirnya?anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram padamarjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sam
mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan ? INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah,mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (malah Boi Lalat pun taknak hurung benda nih - ellyrocker)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?


dengan kata terakhir.. marilah kita sapu baldi pada roti.. kalau rase nak masak megi takde mentega, letak jerk mangkuk tingkat plastik dlm kuali.. dan masaklah bersama megi perisa kegemaran kamu! Meeee Sedappppp i like ittttt!!! *nyanyi mcm kumpulan padi*

Merogol Cara Baru?

ini aku dapat dari forum.. risau gak aku bile bace.. girls outhere.. better watchout.. ok?

Hal ini berlaku di suatu tempat di KL..Hari ini selepas waktu pejabat, saya dapat tahu dari kakak ipar saya berkenaan satu cara lain- mer0g0l perempuan. Ianya berlaku pada kalangan kawan kawan dia juga.Pompuan nie kuar ofis dia kira2 lepas waktu pejabat agak2 dekat mlm lah tu dan terjumpa seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan.Kesian dgn budak nie...dia hampiri dan tanya budak nie Budak nie bagitau dia, yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak kecik tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Kawan kita pompuan nie..kira berhati mulia,tanpa mengesyaki apa apa terus bawa budak ni ke alamat tersebut.Setibanya di rumah budak itu, kawan kita ni menekan loceng pintu..sejurus kemudiannya dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi. Hari berikutnya, begitu dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit - dalam keadaan telanjang.Kondom ada di mana-mana dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya.Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini,jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar jer ke balai yang berdekatan. Hantarlah kepada rakan-rakan wanita anda..selamatkan mereka.Jangan biar naluri keperihatinan mereka dieksploitasi..

takot terjadi kt kawan2, awek, kakak, adik kite jerk.. kadang2.. jgn terlalu baik sgt.. terlalu kejam pun takleh.. biar sedang2 saja.. macam iwan dangdut nyanyi tuh..

Harini Ahad.. Sponbob nak start dah!!!

ahad.. hari yg begitu indah untuk berehat2.. katun pun byk kt tv.. dan.. ya.. aku juga mendapat internet free! baguskan? jadi boleh memulakan perjalanan blog ini hingga korang muntah membacanya!! arini nih aku br lepas dolot lagu2 di blog.. ai.. aku susah hati bila ada blog yg dah tutup akibat serangan indiependent label yg belagak mcm major label.. ya.. EYEBALL RECORDS.. label ini telah memulakan kerja menyaman semua blog yg ada artis dia.. yg lucunya.. nih label hardcore/punk.. tapi lagaknya mcm major label!! aku paham yg label ini nak menjaga periuk nasik diorg.. tapi kalau alasan nak memberi makan pada bini dan anak, aku rase tak logik btol.. selagi band tuh bagus, jgn riso.. akan ada yg membelinya.. tapi kenapa die saman budak 16tahun tuh? sebab die upload mp3 secara percuma? jadi marahlah ye? HOTAK LU! aku rase.. semua label kebykannya memang profit maker berlebih2.. mula2 yer pada band..nak membantu. tapi bile dah kelabu mata dengan duit.. terus jadi mata duitan.. ai.. apepun.. byk blog2 yg dah tutup.. aku frust sgt.. frust sebab label hc/punk yg beria2, label lain tak pun.. for eyeball records.. FUCK YOU!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Alhamdulillah...

harini hari pertama aku memulakan perjalan hidup sebagai seorang blogger.. ai.. nampaknya dah mula buat sesuatu utk mengisi masa yg amat bosan! kawa-kawan! ayuh kita mulakan!!!