Saturday, April 18, 2009

Ingat Susah Ketika Datangnya Senang

*awal tahun 2000*

“beb, aku nak bgtau ko something, tapi jgn marah, aku nak quit band, aku dpt offer keje di negeri X, gaji lumayan, die bg rumah sekali”.

Yup, RM1500 ketika itu memang tinggi. Aku mmg nekad mase tuh nak berenti, tapi sahabat aku kata

“band baru nak bergerak serius, kalo ko takde susahla, nak rekrut org lain lagi, rezeki ade dimana2 elly, tapi ikut lu la kan” (ayat saiko)

Korang pun tau ape tindakan aku seterusnya, ya.. aku main jugak music, demi kawan2, bukan demi wang ringgit yg di offer tuh.

“Mana lagi penting? Kawan ke awek? Mestila kawan..” (ayat ‘cult’ masa tuh)

Terumbang ambing jugak aku mase tuh, life agak sucks, tekanan nak cari duit jam, nak record, nak tour, semua aku pendam. Aku memang menyesal sgt sebab tak pegi job offer tuh, aku menyesal sampai sekarang. Benda tuh jadi igauan aku sampai ke hari ini. Kenapa jadi igauan? Bukankah main music ko skang dapat kenal ramai kawan2, byk peluang terbuka luas. Ye, memang, tapi itu semua takkan aku sesali jika kawan aku menyokong aku sampai sekarang. Cite nih panjang lagi, serius, nih entry paling panjang korang akan baca. Lama aku tak bercoret sebagai seorang penulis. Disini, cita ini pun bermula..

“elly, aku takde transportla nak pegi keje, ape kate ko amik aku kt umah, lagipun satu jalankan?”

Dan seterusnya aku mengangkut sahabatku pegi kerja bersama2, tanpa dia mengeluarkan se-sen pun duit minyak. Baik kan aku? Bukan baik, tapi dibodohkan. Tapi aku tak kisah, aku paham die org susah, jadi aku tak penah minta duit minyak selama kami bekerja. For your information, time nih aku dah start menabung, skit2 je, memang aku dah bersedia utk masa depan. Tapi kawan2 aku taktahu, diorg tgk aku susah. Susah ke aku? Kalau susah, aku takde moto, takde duit nak pegi keje, takde duit nak makan tghari. Kami sekawan dulu susah, walaupun aku senang, aku tetap buat susah, pasal aku taknak rase terpinggir sebab aku senang skit masa tuh. Demi nak into dgn kawan2 yg susah masa tuh, jadi aku pun menyusahkan diri sendiri. Time tuh, susah adalah asam garam kami. Biaselah, budak remaja yg main music dulu, tak macam budak sekarang yg kaya raya. Tanyelah budak lama, diorg tahu ape maknanya susah nak struggle dlm music scene.

“elly, aku nih, nanti kalo pegi syj (studio) tolong amik aku ye, aku takde transport lah”..

“tolong aku boleh? Hantar aku balik yeh?"

“Ye, aku tolong kamu sahabat.. aku tolong..” – aku simpati ngan korang, pasal korang kawan aku..

Tahun makin meningkat, umur kami pun meningkat sedikit.. tapi masa nih aku dah keje ok sket dari kawan2 aku. Tapi aku still tak pernah kutuk diorg keje merapu ape tah. Pasal aku tau susah nak cari kerja, at least kawan2 aku kerja jugak kan?

“elly, pinjamkan aku duit skit boleh tak? Aku nak balik kampung”

“Herm, ko nak pinjam berapa? Nape tetibe nak balik kampung?”

“Tok aku sakit kuat, brape pun takpe elly”

-Pergi ke bank, lalu mengeluarkan wang-

“aku bg 2 ratus nih, 50 untuk ko, 150 utk ape2 je hal untuk tok ko tuh, bawak jugak die ke hospital, aku tau org tua tak suke pegi hospital.”

Mungkin rezeki aku murah tahun tuh, aku dinaikkan pangkat menjadi leader, 3 daaerah aku jaga. Mmg pening kepala, mcm bos aku cakap, byk gaji, banyaklah tanggungjawab. Kurangnya kerja tenaga, lebih pula kerja menggunakan otak. Aku akui, dalam seusia yg still muda aku dah merasa handle kerja sebagai boss, kawan2 aku still kerja kilang dan keje yg lain2 lagi, dan seperti biasa, aku tak pernah kutuk pekerjaan mereka. Aku bangga kawan2 aku kerja.

“elly, arini advanced 800 bole? Aku nak shopping raya, raya kan dh dekat”

“bgtau budak2 lain, aku bg semua advanced, aku tau korang pun nak beraya kan? Habis kerja kita meeting kejab, ade 2-3 sekolah code red yg takleh nak setel, malam nih kite update sekolah mana yg bermasalah, dan sekolah mana dah siap, semua tuh nanti kite update dlm etems”

“Ok boss”

Bile dipanggil boss, aku bukan bangga, tapi rasa tanggungjawab terhadap anak buah. Terima kaseh boss aku yg didik aku dari awal tentang cara2 nak jadi leader yg dihormati, kadang2 kutuk2 gak. Tapi time kerja, kerja, habis kerja, kita adalah kawan. Mana2 yg pernah kene baling fail dgn aku, aku mintak maaf, kekadang aku terpaksa bertindak tegas bila korang leka, kite kene belajar bila mase kerja, dan bila masa main. Itu prinsip aku.

Kawan2 aku dah mula merantau ke Bandar XL, sebab disini rasanya sampai kemati hidup mereka takkan berubah, tapi aku tak pegi merantau. Sebab apa? Sebab kerja disini lumayan, walaupun ade yg bisik2 belakang

“ala.. kerja elly tuh freelance je, bukan tetap pun”

Yup, memang tak tetap, tapi mase korang gaji ratus2, aku mase tuh dah 2 ribu, tapi aku tetap rendah diri, aku tak kutuk pun kerja korang. Sebab korang kawan aku, aku anggap korang gurau2 kasar je ngan aku. Aku tak amik hati ma :)

Ramai yg susah bila di Bandar XL, struggle utk hidup, rezeki aku bertambah, Alhamdulillah, hasil menyimpan aku byk juga kali nih, tahun nih aku dinaikkan pangkat lagi, dan kerja aku kali nih di ipoh sahaja, yup, kerja gila, dari 3 daerah, kini aku menjaga semua daerah di negeri Perak, keluar masuk barang akan di audit dan diteliti oleh aku. Memang kerja gila, sampai aku tak cukup tidur. Masa nih kawan2 aku dah mula stabil, dah boleh memahami pergerakan rencana Bandar XL. Tapi.. perangai mereka dah berubah skit..

“elly, aku tade kerja la, tolong aku”

“esok datang opis X, aku create job utk ko ok?"

“Thanks elly, ko penyelamat aku”

“bukan penyelamat, aku ni kawan ko, ko susah, aku bantu. Kite dah mcm adik beradik ma”

AKU SAYANG KAWAN-KAWAN AKU :(

“elly, tolong amik aku kt stesen Y, boleh elly?

-Ade masa aku boleh amik, aku amik. Bila aku tak boleh amik, aku bgtau diorg-

"Elly, jomla keluar lepak, aku boring duk kt umah”

“jab lagi ku sampai umah amik ko”

Kerja aku kadang2 tak kire malam or siang, tapi kawan2 balik sekali sekala dari jauh, aku kuar jugak, kadang2 tuh memang aku tak larat sgt, jadi aku tak dpt keluar. Maafkan aku kawan, bukan aku taknak, tapi aku penat,

Di satu ketika ini company dalam keadaan nazak jugak, benda ini lumrah, ada mase jatuh, ade mase bangun, aku rase bersyukur, aku masih ade simpanan yg agak kukuh. Tapi aku jatuh kali ni, yup, jatuh,, memang sakit, dari gaji 4 angka ketika itu, aku jatuh tertiarap, tapi aku dengar rezeki kawan2 bertambah. Alhamdulillah. Jgn mereka jatuh mcm yg aku hadapi.

“elly pegi mana? Dah lupe kawan2 ke? Hilang terus. Ade nampak dia?"

“aku tak Nampak pun dia, entahla, tipun tak angkat”

“die buat pe skang?”

“dah tak keje kt tempat tuh dah,”

“apela nak jadi die tuh, tak berubah” (hembus asap rokok mahal, gelak2 sambil sembang sport rim ape na taruk)

Yup, korang kutuk belakang aku kawan.. aku dengar2 angin itu, tapi aku abaikan, yg penting aku kene cari duit. Family aku agak goyah kali nih, memang susah jadi anak sulung. Aku byk menghilangkan diri pasal aku nak cari duit dan larikan diri dari kutukan kamu kawan2, yg pandang hina bila aku terjatuh

“kerja mcmana? Gaji brapa bro?”

“Alhamdulillah, gua dah dekat 2 riban dah”

“cool!”

“heheheh.. see the leg la bro”

Aku diam je, dengar bicara kawan2 aku yg aku sayang, diorg dah maju ma, gaji dari ratus2 dah jadi riban2. syok dengar cerita dari perantauan, dari hidup susah, skang dah maju. Kawan, aku suke bile korang maju. Demi Allah!

“hang elly buat ape skang?”

“adelah kawan, kerja aku dah takde time skang, sekarang allah uji aku”

“kamonla, maju la skit, kawan2 semua dah pakai kete”

“bukan rezeki aku lagi utk tahun ni” (senyum kambing, pedihnya tuhan je yg tahu :(

“haaaaaaa, elly takleh naik kete aku, kang senget sebelah nanti kang. Hahahaha!”

(pedih ma.. serius aku ckp, aku join gak gelak2, tapi tercalar jugak, takpela, aku gelak2 jugak. Demi kawan2 )

Kadang2 aku terpikir, kenapa masa aku gaji 4 riban dulu aku tak tibai je buat lawak mcm korang buat lawak sekarang kan? Sebab mase tuh korang susah, korang tgh struggle. Takde transport, moto buruk aku lah yg mengangkutmu kawan, takde kerja, aku usahakan dapatkan kerja untukmu kawan, Aku paham kawan2 aku susah. Tapi kenapa perlu cakap mcm aku loser? Bukankah korang dahulu yg loser? Loser yg korang anggap nih la yg tolong kamu dalam susah, walaupun die senang dahulu.

Raya tahun lepas aku beraya seorang di rumah.

“elly mana? Tipun tak angkat pun, ade die dtg raya umah ko?”

“elly, aku nak dtg beraya umah ko bleh?”

“aku balik kampung...................”

Yup, aku sering menipu kawan2 ku yg aku sayang, samada aku dikampung, ataupun di chemor. Aku taknak bg kereta korang senget sebenarnya (pedih sgt bila aku taip perkataan ini, siyes sedih, aku tak penah kate moto aku senget kalau kawan2 aku naik) Semuanya kerana kata2 yg keluar dari mulut kawan2 aku. Di ulangi, mulut kawan2 aku yg aku sayang..

“tengok elly tuh, tak berubah” (nada baru jadi boss)

kamon bro, korang keje kuli mase tuh, aku dah handle project satu Perak.

“keje freelance lagi ke?” (sambil memandang hina)

aku ade keje tetap dan keje freelance, korang paham tak?

“bile nak kawin?, kahwinlah” (muke bangga pasal dah kawin)

Itu rezeki kamu kawan, kehendak allah taala, aku tumpang gembira korang kawin ma. At least aku leh cium2 anak korang kan? *tetiba rindu kt afdhal plak*

Pesan aku pada kawan2 yg aku sayang, “ingat susah ketika datangnya senang”

Bukan tujuan untuk melepaskan geram, tapi aku cuba nak mengingatkan pada kawan2 yg alpa. Sebab aku sayang korang la aku mengingatkan korang. Mcm aku ckp pada ayat di atas, ingat susah ketika datangnya senang. Tamo amik hati ye? Mcmana aku leh terima perlian korang, aku harap korang pun bole terima, aku pun manusia, kalau korang pandang rendah dekat aku, ingat mase korang susah dulu. Ampun dan maaf..

kalau korang dtg kt aku dan berkata :

"elly, terima kaseh sebab ade ketika aku susah"

aku akan jawab :

"itu tugas aku sebagai kawan mu"

16 comments:

haqitarun said...

kesian kn ade org mcm 'segelintir' kwn u tu?
tuhan br bg rezeki sikit, belagak tinggi melangit.

eleh.
takat pakai keta buatan malaysia yg kecik cinonet tu, takpayah belagak sgt la.

ekceli, i dlm proses tgh menahan dr memaki ni.
haihhhhhhhhhhh~!
bodohnye manusia taktau mengenang budi ni.

NORHANIDA YAHYA said...

hmm..

kawan tengah xde duet,yang laen sedang berseronok tengok wayang.
kawan sedang xde duit,makan roti cicah milo..yang laen makan nasik dengan ayam rempah..

manusia+hidop=duit

duit=alpa

eddie dewanaga said...

oh my goodness...!

penyakit sombong, lupa, bangga diri dan berlagak tak bertempat ni memang budaya kawan2... sekarang masa untuk lu pentingkan diri sendiri pulak, take care of the family...

struggle utk terus hidup, lu penah redah dulu, gua confident, lu boleh go through this time.

broken, beat and scarred... for whom the bell tolls!

4630AC D said...

Memang banyak orang jenis macam tu. Kan? Bila susah, sampai berbisik - bisik nak pinjam duit. Bila senang, langsung lupa diri.

murn!e said...

perkare 1:macam tak caye je..ni nukilan seorang lelaki. bravo..susah tau nk cari lelaki yang sensitif zaman skang ni.:) luv this piece~
perkare 2:sahabat memang banyak.sahabat sejati tu yang jarang nk jumpe. kan? kan?

yayayo said...

kuzi cakap sedih2..

pyan pun..

aku pun sedih gak..tapi aku pun penah suhang anto aku gak kan.. :8)

Muhammad Abdul Muhaimin said...

aku bg 2 ratus nih, 50 untuk ko, 150 utk ape2 je hal untuk tok ko tuh, bawak jugak die ke hospital, aku tau org tua tak suke pegi hospital.

<----ffuurrghhh~

elly 2 aribulan ni aku mai ipoh..amik aku ya;p lagi pun satu jalan kan:) wakakkaka

xde2 main2 je


sabar yaa..


aku pn nak menulis

pasal ada satu membe aku nih


dia kata dia datang umah awek dia kat bangi siap jumpa mak apak kata nak kawin..


dahtu dah plan siap smua..aku pun terbeliak..


rupanya aku dikehencingkan oleh beliau
:D

Azlina Aziz said...

elly!

kuatkan semangat! :D

mcmane pun dia tetap kawan kita..

walaupun dia dah lupa pengorbanan kita..

tp demi kawan yg kita syg..ape2 pun kita sgup wat tuk diorg kan :)

go go elly!

fokus!semangat!persetankan semua tuh!

dzuha said...

senang mcm mane skali pun kalo takde kwn mmg biol otak bro,kes lupa daratan mmg payah nak di ubat.tp hakikatnya mmg pedih,aku pun penah kena mcm tu tp lama2 dorg sedar gak..lgpun idup kita tak lama,berkawan la selagi mampu,doa kan kebahagian dorg,mmg tak dpt duit pun tp sekurang-kurangnye dapt la jgk pahala :)..sabtu nie dtg la ke Parit aku ade kat kg,kita mandi sungai perak,best..ajak tony skali :)

Life in Mono said...

tersentap aku maser bab mintak tulun amik tuh sbb aku slalu mintak ko :( isk tapi skang aku dtg amik ko plak kan??kan?? ehehehe ilek beb..bukan susah nak susah, bukan senang nak senang...idup ni tak semestinyer adil, tapi kekadang tu, menda2 camni gak la yang buat aku bangun, at least utk buktikan dorang salah same skali.

aku yakin ko akan berjaya dude..aku doakan, lepas ni kalo aku balik ipoh ko tak angkat call aku tu aku paham *dgn nada merajok eheheh*

aku mintak mahap kalo aku pernah berkata hina caci cerca dan dusta nista kat ko. tak sengaja kekadang tuh eheheh ko kan beruang madu aku :)

kengkawan sygkan ko beb..aku sygkan ko..same2 maju yuk? :)

Anonymous said...

aku tau slama ini encik ini mmg perasa org nya... tp aku x tau yg perasa-nya mengandungi MSG... macam bara dalam sekam.... aku akan lebih berhati2 mulai sekarang... thanks encik

Anonymous said...

ops lupa.. maafkan aku.. kalo aku adalah salah satu dr watak dalam cerpen ko td.. maaf kan kami penunggu gua!!

cikibung said...

Baguih gak ko tulih kat blog ko camni..kekadang nak luahkan aper kite rs kat kwn2 camtu mmg susah kan?And mereka lak kalo kiter dah buat muke lain tu pon x phm2 lg yg kiter terase..Hope lps kwn2 ko bc blog ni,mrk insafla....kekadang mrk pon xperasan ngan salah mrk tu...

"Mls nak susahkan org tp org selalu nak menyusahkan aku....."

Ibu Adam said...

*lap air mata menitik*

I memang sensitip sejak dua menjak nih... huih, adakah kerana sebab2 itu anda tidak mejawab SMS/call saya?

*peluk dia kuat kuat*

Hang tau .. tau lah .. said...

Elly rockerr ..

Awak buat saya nangis selama 10 minute tanpa henti ..

semutaro said...

adakah aku ada kena mengena dgn ini cerita?...adakah watak utama atau watak sampingan....ahahahah....rilex ely nanti aku bawak ang naik kete poton sagakj buruk aku tue yg aku beli 2nd...aku pon start darik bawah gak darik jalan kaki gi keje carsem sesorg sampai gi carsem naik kete berdua skrg...ahahah...alhamdullilah rezeki allah bagi...tapi kekadang kita tak ingat semua tue kan...aduhhh...bila nak insaf kita nieh...pap pon aku sedih gak ayat2 ang tue...walaupun aku tak tau sapa mamat tue...tapi aku rasa dia kalangan kawan2 kita gak semasa bermoron di syj dedulu kan....tabah!!!!!