Monday, April 27, 2009

off to Malacca this Thursday

"kalau u jadi A Famosa, I jadi meriam nya.." :p

yey.. nak pergi berjumpa sayam disana, lama tidak ketemu. maaflah sebab setahun sekali je jumpe you. hihih! trip 3 hari kesana, maybe nak turun jumpe ijan n wankatak. korang jgn nakal2, i nak pergi berbunga bunga cinta sekejab hokeh?

Tuesday, April 21, 2009

Lucky Jenny Music Studio


kawan aku Ijan Bulu ade bukak studio baru di area cheras. kalau sesiapa yg berada di area sana, dtgla singgah ke studio beliau, ataupun korang nak sign bassist Shizuka, pun bole jumpa die. jgn riso harga sgt2 menarik punya. supportlah studio orang2 kita weh.. :)

Saturday, April 18, 2009

Ingat Susah Ketika Datangnya Senang

*awal tahun 2000*

“beb, aku nak bgtau ko something, tapi jgn marah, aku nak quit band, aku dpt offer keje di negeri X, gaji lumayan, die bg rumah sekali”.

Yup, RM1500 ketika itu memang tinggi. Aku mmg nekad mase tuh nak berenti, tapi sahabat aku kata

“band baru nak bergerak serius, kalo ko takde susahla, nak rekrut org lain lagi, rezeki ade dimana2 elly, tapi ikut lu la kan” (ayat saiko)

Korang pun tau ape tindakan aku seterusnya, ya.. aku main jugak music, demi kawan2, bukan demi wang ringgit yg di offer tuh.

“Mana lagi penting? Kawan ke awek? Mestila kawan..” (ayat ‘cult’ masa tuh)

Terumbang ambing jugak aku mase tuh, life agak sucks, tekanan nak cari duit jam, nak record, nak tour, semua aku pendam. Aku memang menyesal sgt sebab tak pegi job offer tuh, aku menyesal sampai sekarang. Benda tuh jadi igauan aku sampai ke hari ini. Kenapa jadi igauan? Bukankah main music ko skang dapat kenal ramai kawan2, byk peluang terbuka luas. Ye, memang, tapi itu semua takkan aku sesali jika kawan aku menyokong aku sampai sekarang. Cite nih panjang lagi, serius, nih entry paling panjang korang akan baca. Lama aku tak bercoret sebagai seorang penulis. Disini, cita ini pun bermula..

“elly, aku takde transportla nak pegi keje, ape kate ko amik aku kt umah, lagipun satu jalankan?”

Dan seterusnya aku mengangkut sahabatku pegi kerja bersama2, tanpa dia mengeluarkan se-sen pun duit minyak. Baik kan aku? Bukan baik, tapi dibodohkan. Tapi aku tak kisah, aku paham die org susah, jadi aku tak penah minta duit minyak selama kami bekerja. For your information, time nih aku dah start menabung, skit2 je, memang aku dah bersedia utk masa depan. Tapi kawan2 aku taktahu, diorg tgk aku susah. Susah ke aku? Kalau susah, aku takde moto, takde duit nak pegi keje, takde duit nak makan tghari. Kami sekawan dulu susah, walaupun aku senang, aku tetap buat susah, pasal aku taknak rase terpinggir sebab aku senang skit masa tuh. Demi nak into dgn kawan2 yg susah masa tuh, jadi aku pun menyusahkan diri sendiri. Time tuh, susah adalah asam garam kami. Biaselah, budak remaja yg main music dulu, tak macam budak sekarang yg kaya raya. Tanyelah budak lama, diorg tahu ape maknanya susah nak struggle dlm music scene.

“elly, aku nih, nanti kalo pegi syj (studio) tolong amik aku ye, aku takde transport lah”..

“tolong aku boleh? Hantar aku balik yeh?"

“Ye, aku tolong kamu sahabat.. aku tolong..” – aku simpati ngan korang, pasal korang kawan aku..

Tahun makin meningkat, umur kami pun meningkat sedikit.. tapi masa nih aku dah keje ok sket dari kawan2 aku. Tapi aku still tak pernah kutuk diorg keje merapu ape tah. Pasal aku tau susah nak cari kerja, at least kawan2 aku kerja jugak kan?

“elly, pinjamkan aku duit skit boleh tak? Aku nak balik kampung”

“Herm, ko nak pinjam berapa? Nape tetibe nak balik kampung?”

“Tok aku sakit kuat, brape pun takpe elly”

-Pergi ke bank, lalu mengeluarkan wang-

“aku bg 2 ratus nih, 50 untuk ko, 150 utk ape2 je hal untuk tok ko tuh, bawak jugak die ke hospital, aku tau org tua tak suke pegi hospital.”

Mungkin rezeki aku murah tahun tuh, aku dinaikkan pangkat menjadi leader, 3 daaerah aku jaga. Mmg pening kepala, mcm bos aku cakap, byk gaji, banyaklah tanggungjawab. Kurangnya kerja tenaga, lebih pula kerja menggunakan otak. Aku akui, dalam seusia yg still muda aku dah merasa handle kerja sebagai boss, kawan2 aku still kerja kilang dan keje yg lain2 lagi, dan seperti biasa, aku tak pernah kutuk pekerjaan mereka. Aku bangga kawan2 aku kerja.

“elly, arini advanced 800 bole? Aku nak shopping raya, raya kan dh dekat”

“bgtau budak2 lain, aku bg semua advanced, aku tau korang pun nak beraya kan? Habis kerja kita meeting kejab, ade 2-3 sekolah code red yg takleh nak setel, malam nih kite update sekolah mana yg bermasalah, dan sekolah mana dah siap, semua tuh nanti kite update dlm etems”

“Ok boss”

Bile dipanggil boss, aku bukan bangga, tapi rasa tanggungjawab terhadap anak buah. Terima kaseh boss aku yg didik aku dari awal tentang cara2 nak jadi leader yg dihormati, kadang2 kutuk2 gak. Tapi time kerja, kerja, habis kerja, kita adalah kawan. Mana2 yg pernah kene baling fail dgn aku, aku mintak maaf, kekadang aku terpaksa bertindak tegas bila korang leka, kite kene belajar bila mase kerja, dan bila masa main. Itu prinsip aku.

Kawan2 aku dah mula merantau ke Bandar XL, sebab disini rasanya sampai kemati hidup mereka takkan berubah, tapi aku tak pegi merantau. Sebab apa? Sebab kerja disini lumayan, walaupun ade yg bisik2 belakang

“ala.. kerja elly tuh freelance je, bukan tetap pun”

Yup, memang tak tetap, tapi mase korang gaji ratus2, aku mase tuh dah 2 ribu, tapi aku tetap rendah diri, aku tak kutuk pun kerja korang. Sebab korang kawan aku, aku anggap korang gurau2 kasar je ngan aku. Aku tak amik hati ma :)

Ramai yg susah bila di Bandar XL, struggle utk hidup, rezeki aku bertambah, Alhamdulillah, hasil menyimpan aku byk juga kali nih, tahun nih aku dinaikkan pangkat lagi, dan kerja aku kali nih di ipoh sahaja, yup, kerja gila, dari 3 daerah, kini aku menjaga semua daerah di negeri Perak, keluar masuk barang akan di audit dan diteliti oleh aku. Memang kerja gila, sampai aku tak cukup tidur. Masa nih kawan2 aku dah mula stabil, dah boleh memahami pergerakan rencana Bandar XL. Tapi.. perangai mereka dah berubah skit..

“elly, aku tade kerja la, tolong aku”

“esok datang opis X, aku create job utk ko ok?"

“Thanks elly, ko penyelamat aku”

“bukan penyelamat, aku ni kawan ko, ko susah, aku bantu. Kite dah mcm adik beradik ma”

AKU SAYANG KAWAN-KAWAN AKU :(

“elly, tolong amik aku kt stesen Y, boleh elly?

-Ade masa aku boleh amik, aku amik. Bila aku tak boleh amik, aku bgtau diorg-

"Elly, jomla keluar lepak, aku boring duk kt umah”

“jab lagi ku sampai umah amik ko”

Kerja aku kadang2 tak kire malam or siang, tapi kawan2 balik sekali sekala dari jauh, aku kuar jugak, kadang2 tuh memang aku tak larat sgt, jadi aku tak dpt keluar. Maafkan aku kawan, bukan aku taknak, tapi aku penat,

Di satu ketika ini company dalam keadaan nazak jugak, benda ini lumrah, ada mase jatuh, ade mase bangun, aku rase bersyukur, aku masih ade simpanan yg agak kukuh. Tapi aku jatuh kali ni, yup, jatuh,, memang sakit, dari gaji 4 angka ketika itu, aku jatuh tertiarap, tapi aku dengar rezeki kawan2 bertambah. Alhamdulillah. Jgn mereka jatuh mcm yg aku hadapi.

“elly pegi mana? Dah lupe kawan2 ke? Hilang terus. Ade nampak dia?"

“aku tak Nampak pun dia, entahla, tipun tak angkat”

“die buat pe skang?”

“dah tak keje kt tempat tuh dah,”

“apela nak jadi die tuh, tak berubah” (hembus asap rokok mahal, gelak2 sambil sembang sport rim ape na taruk)

Yup, korang kutuk belakang aku kawan.. aku dengar2 angin itu, tapi aku abaikan, yg penting aku kene cari duit. Family aku agak goyah kali nih, memang susah jadi anak sulung. Aku byk menghilangkan diri pasal aku nak cari duit dan larikan diri dari kutukan kamu kawan2, yg pandang hina bila aku terjatuh

“kerja mcmana? Gaji brapa bro?”

“Alhamdulillah, gua dah dekat 2 riban dah”

“cool!”

“heheheh.. see the leg la bro”

Aku diam je, dengar bicara kawan2 aku yg aku sayang, diorg dah maju ma, gaji dari ratus2 dah jadi riban2. syok dengar cerita dari perantauan, dari hidup susah, skang dah maju. Kawan, aku suke bile korang maju. Demi Allah!

“hang elly buat ape skang?”

“adelah kawan, kerja aku dah takde time skang, sekarang allah uji aku”

“kamonla, maju la skit, kawan2 semua dah pakai kete”

“bukan rezeki aku lagi utk tahun ni” (senyum kambing, pedihnya tuhan je yg tahu :(

“haaaaaaa, elly takleh naik kete aku, kang senget sebelah nanti kang. Hahahaha!”

(pedih ma.. serius aku ckp, aku join gak gelak2, tapi tercalar jugak, takpela, aku gelak2 jugak. Demi kawan2 )

Kadang2 aku terpikir, kenapa masa aku gaji 4 riban dulu aku tak tibai je buat lawak mcm korang buat lawak sekarang kan? Sebab mase tuh korang susah, korang tgh struggle. Takde transport, moto buruk aku lah yg mengangkutmu kawan, takde kerja, aku usahakan dapatkan kerja untukmu kawan, Aku paham kawan2 aku susah. Tapi kenapa perlu cakap mcm aku loser? Bukankah korang dahulu yg loser? Loser yg korang anggap nih la yg tolong kamu dalam susah, walaupun die senang dahulu.

Raya tahun lepas aku beraya seorang di rumah.

“elly mana? Tipun tak angkat pun, ade die dtg raya umah ko?”

“elly, aku nak dtg beraya umah ko bleh?”

“aku balik kampung...................”

Yup, aku sering menipu kawan2 ku yg aku sayang, samada aku dikampung, ataupun di chemor. Aku taknak bg kereta korang senget sebenarnya (pedih sgt bila aku taip perkataan ini, siyes sedih, aku tak penah kate moto aku senget kalau kawan2 aku naik) Semuanya kerana kata2 yg keluar dari mulut kawan2 aku. Di ulangi, mulut kawan2 aku yg aku sayang..

“tengok elly tuh, tak berubah” (nada baru jadi boss)

kamon bro, korang keje kuli mase tuh, aku dah handle project satu Perak.

“keje freelance lagi ke?” (sambil memandang hina)

aku ade keje tetap dan keje freelance, korang paham tak?

“bile nak kawin?, kahwinlah” (muke bangga pasal dah kawin)

Itu rezeki kamu kawan, kehendak allah taala, aku tumpang gembira korang kawin ma. At least aku leh cium2 anak korang kan? *tetiba rindu kt afdhal plak*

Pesan aku pada kawan2 yg aku sayang, “ingat susah ketika datangnya senang”

Bukan tujuan untuk melepaskan geram, tapi aku cuba nak mengingatkan pada kawan2 yg alpa. Sebab aku sayang korang la aku mengingatkan korang. Mcm aku ckp pada ayat di atas, ingat susah ketika datangnya senang. Tamo amik hati ye? Mcmana aku leh terima perlian korang, aku harap korang pun bole terima, aku pun manusia, kalau korang pandang rendah dekat aku, ingat mase korang susah dulu. Ampun dan maaf..

kalau korang dtg kt aku dan berkata :

"elly, terima kaseh sebab ade ketika aku susah"

aku akan jawab :

"itu tugas aku sebagai kawan mu"

Friday, April 10, 2009

Hijrah? *UPDATE*


ada satu benda akan berlaku, bukan hijrah ke tempat lain, tapi hijrah dlm diri.. Harap semuanya baik2 belaka :)

Update #1 : sudah diberitahu kepada mereka yg berkenaan, mereka menerima dan memahami. thanks bro :)

Update #2 : bubuh gambo tgh pakai bj band HIJRAH (old The Pilgrim). Thanks to Pokrol (editor Holiday In The Rain zine) bg baju nih, aku sayang gila kt baju nih. sgt2 rare :)

Update #3 : dah diberitahu pada kawan2 terdekat, hanya sebilangan yg memahami :)

Update #4 : 25hb April ini, Wuhuu adelah gig terakhir aku dengan The Hans. last performance dgn band yg aku sayangi. dah lama susah senang dgn band ini. sedih pun ada :) (FYI - cuma aku saja yg tiada, The Hans akan terus mewarnai persada music tanahair : mcm cilake je ayat aku :p~)