Monday, June 30, 2008

Masih Ingat Kes Objek Di Langit?

Pada tarikh 26 Julai 1992, mulai jam 11.30 malam hingga jam 3.00 pagi, seramai 200 orang guru dan pelajar yang tinggal di asrama Sek Menengah Agama Hishamuddin, Klang telah menyaksikan satu fenomena alam semulajadi yang amat menakjubkan, yang tidak pernah berlaku sebelumnya di mana2 pun iaitu…

AWAN YANG MEMBENTUK OBJEK2 TERTENTU SEBANYAK 28 [ dua puluh lapan ] OBJEK SEMUANYA. malah ada beberapa orang pelajar sekolah itu yg sempat merakamkan gambar2 awan itu satu demi satu dengan kamera mereka.

Dalam media massa, yg dicatatkan adalah berlaku di sekolah tersebut sahaja, tetapi ramai orang di sekitar Klang yg keluar pada malam itu, turut dapat melihat dengan jelas awan2 yg membentuk objek2 di langit itu.

Yg dilaporkan di akhbar dan majalah adalah sebanyak 26 [ dua puluh enam ] objek sahaja.

[Senarai berikut adalah berdasarkan lakaran dari muka depan Berita Harian tidak berapa lama selepas peristiwa itu ]

——————————————————————————

1. Kalimah Allah dalam tulisan Arab and kalimah Lailahaillah Muhd Rasulullah dalam tulisan Arab

2. Janin manusia

3. Manusia dewasa

4. Mayat dibungkus kafan

5. Sebiji mata berwarna merah seperti sedang marah

6. Lidah panjang

7. Lidah dipotong2 dan disambung semula, ditayangkan tiga kali

8.Perempuan berlari, rambutnya digantung atau ditarik kemudian rambutnya disambar api lalu terbakar. Mukanya bertukar menjadi binatang yg sgt hodoh, mulut meraung2 seperti dalam keadaan kesakitan yg amat..seterusnya mukanya menjadi tengkorak dan rambutnya menjadi kaku.

9. Sayap burung berkibar2

10.Perempuan berwajah babi

11. Kala jengking

12. Ular besar dengan mata bersinar2

13. Manusia berkepala anjing

14. Dua orang bergaduh kemudian bersalaman

15. Lelaki berserban sujud ke arah kaabah dan yang lain
membelakangi Kaabah dan sujud membelakangkan kaabah

16. Peta Malaysia terbalik ie Singapura di sebelah atas

17. Botol Arak

18. Tanda salib bertukar menjadi kubah masjid

19. Ayam

20. Sekor ikan

21. Peta negeri Arab Saudi

22. Mayat berkafan

23. Batu nisan

24. Seekor burung

25. Orang berdoa [ memakai telekung]

26. Tangan hendak mencapai sesuatu tetapi tidak dapat dan tapak tangannya ada bertanda bulat…

——————————————————————————

Selain itu peristiwa sama berulang di masa lain kpd pelajar2 dan guru2 Sekolah
Menengah Agama Sungai Manggis, Kuala Langat, Selangor seminggu selepas itu.

Seperti biasa hanya 26 objek yg diwar2kan wujud pada malam2 berkenaan, tanpa
dua imej lagi.Perkara sama juga berlaku di Balai Dakwah, Jeram, Selangor.Kejadian ini turut disahkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Selangor dalam satu mesyuarat khusus diadakan mengenai peristiwa tersebut.

Mereka mengambil kira maklumat daripada 11 murid dan 4 guru yg menyaksikan peristiwa tersebut beserta beberapa keping gambar yg ditunjukkan.

Mereka juga telah menerima saksi mata sebanyak 200 pelajar sekolah Hishamuddin, Klang.

Dua lagi objek yg tidak disiarkan itu telah disita, dirampas gambarnya dari pelajar2 itu oleh ulama2 rasmi tersebut .

Gambar dua objek tersebut adalah

1. Imej ustaz Ashaari Muhammad sendiri
2. Imej nama beliau dalam bahasa Arab yg dibentuk oleh awan2 tersebut, ASHAARI tanpa nama ayahnya.


P/S : post dari blog. aku taktau la btol ke idak kan. tapi masa kes ni kecoh dulu. aku takot sgt, meremang2 bulu tengkuk aku. ishhhhh.. cuma bab si abuya ni, aku kurang yakin.. hermmm maybe propaganda Arqam kot?

to Ashaari, this song dedicated to you :)

The Bollocks - Neo Arqam Punk
(click to download)


4 comments:

Dr. Bentara said...

bab ni tak seram sebab awan ni selalu jadi macam tu. Pasal Abuya Al-Arqam, majlis fatwa kebangsaan dah kata dia sesat, end of story.

PertMuffin said...

ingat! ingat! masa nih kita form 1 kan? (kite?? bila aku satu skola dengan kau hah setan?)

kawan aku punye insaf siap buat taubat nasuha. pastu keja 24jam semayang + baca Quran.. nangis tak henti2..

skali bila paper kluar benda nih tipu..terus jadi bohsia! cehhhhh!!!!

Elly Rocker said...

cuih!

nasib kawan kau yg jadi bohsia, kalau kau.. mengucap panjang aku..

patutlah kau makin lalai di utm dahulu!

akusiktauk said...

knp aku x tau kisah ni ek?