Thursday, October 30, 2008

Album - Album Yg Aku Gilai Mase Sekolah Dulu (section metal/rock)

King Diamond (Fatal Potrait) - album pertama yg aku beli dari duit poket aku mase tingkatan 1 di sekolah menengah seri putera. album ini juga yg memulakan minat aku untuk mengumpul kaset pada zaman tuh. mase tuh aku kumpul buh dalam kotak kasut je :p (skarang dah dekat 400 keping kaset, aku nak letak mana pun tak tahu dah) mcmana aku bole menggilai album ini? semua bermula dari kaset cetak rompak pakcik aku (zaman dulu kalo metal pun diorg tulih kompilasi rock) dlm kaset tuh ada 4 band. Metallica, King Diamond, Judas Priest dan Earthshaker (japan). dan 4 band ini lah yg mula2 aku gila sgt2. tgh mandi pun bole mengilai2 nyanyi lagu king diamond - charon (welcome my friend.. my name is Charon!! please take my hand!! i know the secret land!!!) disebabkan aku suke sgt pasang album nih bole dikatakan tiap2 hari, sampai adik perempuan aku pun bole sing a long lagu2 king. dan yg paling aku tekejut, abah aku siap ckp "elly, cube hang pasang balik lagu halloween tuh. sedap pulak" ya.. dan abah aku terus minat album nih selain metallica dan pop yeh yeh :p kadang2 takyah aku pasang, tetibe je petang2 abah aku dah pasang. begitu dasatnya pengaruh album ini dlm family aku. begitu popular album nih kt ipoh sampai kedai barang2 elektrik kt Super Kinta pun pasang album nih. bukan kedai kt tepi2 tuh. tapi dalam Super Kinta! satu super kinta dah dengar hilai si King. dari mula2 masuk pintu super kinta, aku dah dengar dah. aku rase ade mamat yg dlm tuh dah ranjo pasang album nih aku rase. tapi takde sape pun yg komplen. heran aku :p

Mr Big (Bump Ahead) - Aku hidup dalam blues.. cite nih yg buat aku nak sgt2 dengar mr big. best ke? ke pasal pelukis aie suke sgt lukis cover nih? dah beli baru aku tau. ALBUM NIH GILE GEMPAK! dari track pertama sampai la penghabisan. aku cukup suka track Price You Gotta Pay, Temperamental, Promise Her the Moon, What's It Gonna Be, Mr Big dan lagu cove berhantu diorg Wild World. album nih menjadi teman tidur aku ketika malam2. sebab dulu aku ade tabiat kene pasang kaset sebelum tido. kalo tak, aku takleh tido. jadi kalo aku pasang album black metal, aku takot aku tak tido punye. jadi pembelian album ini sgt2 membantu aku tidur suatu ketika dulu. (kini sumber music aku ketika tidur ialah norah jones *blushing) :p

Manowar (Kings Of Metal) - aku rase semua budak sekolah zaman aku dulu tau band nih. bukan popularitinya disebabkan music mereka, tapi tape video live diorg yg penuh aksi2 perempuan telanjang dan ranjang. haha! yg lawaknya member2 aku yg tak suke dgr metal pun tau band nih sebab live konsert diorg jela. dari video tape, aku terus minat lagu diorg. tapi rasanya album ini sahajalah yg aku minat, dan aku rase album ini memang gila hebat!. die punya feel album nih lain mcm. teutama lagu Heart Of Steel tuh dan kingdom Come. mase time tuh kalo nyanyi siap pejam mata dan tgn kt dada. feeling la sgt kunun :p dan die punye lambang manowar tuh bole kate kt mana2 ade, kt meja, kt beg sekolah, kt bustand. memang berjaya taktik diorg buat live konsert yg amat lucah tuh :p "other bands play. What? Manowar kill!!!"

Dio (Holy Diver) - die punye impak bukan setakat lagu holy diver je, tapi die punya lambang tuh. pastu bile jumpe member je mesti nak buat signal mcmtuh. konon satanis abihla masa tuh. haha. lambang dio itu sendiri pun aku suke lukis dlm buku latihan aku. maybe sebab simple dan cantik font mcmtuh.ade sorang kawan aku nih dlm kelas die suke sgt lukis lambang dio kt mana2 pun. tapi yg pelik, die tak pernah dengar pun lagu dio. die suke kumpulan Ukays. maybe sebab tulisan DIO tuh cantik kt mata dia :)



Black Sabbath (Paranoid) - kaset kedua aku beli selepas king diamond. aku beli dari kawan aku yg tolak kt aku rm3 je. dia beli pasal die ingat black sabbath main black metal. rupanya main rock. so disebabkan sifat black metal yang menebal dlm diri dia, dia tolak kt aku. dengan alasan tak true la dengar rock. what the f? takpela, time tuh budak2, semua benda nak fanatik :p album nih mase mula2 dengar, aku tak berapa minat. tapi lepas abah aku ckp, "mana dapat album nih? abah ade album dia dulu mase tuh zaman kaset catridge." korang penah tgk tape mcmtuh? tape die besar, besar tapak tgn aku. budak2 sekarang rasanya tak penah tgk tape mcmtuh. ape yg spesel dgn album nih? ape lagi kalo bukan lagu pertama die, war pig. punyer la minat album nih sampai aku dpt vinyl punye edition tahun 80an dengan harga rm15 je dari seorang india yg nak jual semua piring hitam dia.

Metallica (Ride The Lightning) - yg nih plak album ketiga aku beli. kene plak masa tuh aku rase tgh angin metallica. ramai yg kalo dulu time sekolah kalo ade umah line clear tgk blue kan? tapi time tuh berubah, ramai2 tgk tape video live metallica. masa tuh semua rasanya nak buat band mcm metallica. lagu dlm album nih jugakla iaitu fade to black ialah lagu pertama aku belajar main gitar. time nih dah start pandai nak jamming. dah kurang main video game kt jubilee, dah start lepak pasar bulat. impaknya terlalu kuat kalo 5 band jam kt syj, bole kata kelima2 band akan main lagu metallica. punyela dasat impak mase tuh. hahaha! masa nihla aku kenal apa itu Thrash Metal. damn you metallica! :p


Guns N' Roses (Appetite for Destruction) - kalo dh pandai jamming, tak sah kalo takde album nih! sebab ape? semuanya kerana tape video. dua benda je org suke tgh mase sekolah dulu. video manowar, metallica dan guns n' roses! aku start tgk video dulu baru aku kenal band nih. bile tgh axl berlari2 sambil menyanyi terus cakap, damn.. die hebatlah.. time tuh terus cari album pertama diorg nih. masa dulu lambang christ tuh aku padam ngan marker pen pasal takot nanti mak aku tgh die marah plak. album nih aku bawak kemana saja. masa tuh zaman budak2 ade walkman. so beg aku penuhla ngan kaset2. bukannya buku. hihih! sambil naik bas pegi pekan mesti nak dengar album nih. pastu berenti kamdar terus pi pasar bulat cari key gnr nih. trademark bassist die yg suke pakai key itam tejuntai kt poket tuh aku terbawak2 sampai aku main dgn Shizuka/The Hans (dulu la, skarang tak dh)

Slayer (Show No Mercy) - album nih yg buat aku sesat dalam dunia yang gelap :) yup.. black metal. sesuatu yg telah 'merosakkan' aku. hahah! walopun diorg bukanla band black metal. tapi thrash metal yg berisiko tinggi dengan satanism. nih tape yg aku beli lepas gnr. rosak teruih aku time nih. sampai penah toreh bahu ngan lambang slayer dulu. time nih dah start tau ape tuh fanzine (Nathias issue #1 adelah zine pertama yg aku baca, siap fotostet tuh). dah pandai melepak2 ngan bebudak2 kt underground yik foong (menjeling batara. hahaha!) walopun aku tau band nih sgt2 satanismnya, tapi aku tak tahan kalo tak dgr. mesti nak dengar. sampai sekarang pun aku still respek ngan diorg punye produk. dari sinilah juga aku dah start beli baju hitam (dan semestinya baju slayer depan gmbr tom araya tgh screaming tuhla baju hitam pertama aku) :)

Rotting Christ (Thy Might Contract) - sape taktau album nih angkat tgn? hihi.. mat rempit pun tau album nih. dan aku rasa sampai sekarang org still praktis main gitar, mesti main lagu2 dari album nih (kebyakan la) pasal aku ade pegi syj di ashby road, ade geng2 mat rempit nih main 4 lagu dari album nih. lepas tuh baru main lagu xpdc. penangan album nih rupanya sgt besar ketika itu di Ipoh. bole kate 90% band2 akan jam lagu dari album nih. walopun ko main greenday ke hape ke, kompem lagu The Fourth Knight of Revelation mesti nak main punye. sini le titik bermulanya minat aku pada music hitam (nasib hati aku tak hitam)


Tiamat (The Sleeping Beauty Live In Israel) - walopun live die kt tempat yg aku kurang senang skit, tapi EP Live nih memang mempengaruhi aku agak dasat jugaklah. dengan keindahan music dari johan endlund dan vokal besarnya buat aku minat band nih. aku tidak mula dgn album mereka, tapi sebenarnya dengan live nih. dan bermulanya dari album nih aku terus hanyut di dalam kegelapan. walopun interest aku tidak lagi kearah music2 hitam lagi, tapi aku still dengar lagi album2 nih. sebab aku dibesarkan dari zaman sekolah dengan music2 begini. tiamat still band yg aku minat sampai sekarang. termasuklah dgn band2 diatas.


so setakat album ini sajelah aku ceritakan zaman sekolah aku di Sekolah Menengah Seri Putera @ Sepultura. sebab lepas album tiamat nih korang pun tau album2 ape yg aku dengar. nanti aku ceritakan pulak album2 yg aku dengar ketika aku pindah sekolah di vokasional dan Politeknik PD. ade semacam satu jalan cerita mcmmana aku leh berubah minat dari seganas2 music hinggalah selembut2 music yg aku dengar sekarang nih. lain kali aku cite ok?



Sunday, October 26, 2008

My Desktop Modding For Oct 2008


windowblinds : asch-rho by amaeli
styler : asch-rho by amaeli
iconpackager : B.L.A.C.K by denbas (*update!)
yahoo messenger : pidgin
objectdock : krzp dock by nuux icons
winamp : insomnis (choose fade to dark grey)
wallpaper : download!

wallpaper je aku bg link. yg lain ape lagi, GOOGLE IT!


Thursday, October 16, 2008

Friday, October 10, 2008

Twee As Fuck Fanzine issue #1 and #2

A fanzine from London, UK. download it for free guys/gals. just right click the image/save as or click the image to download.
(p/s : this is for indiepop and tweepop lover only)


"Indie pop is not just "indie" that is "pop." Not too many people realize this, or really care either way. But you can be sure indie pop's fans know it. They have their own names for themselves (popkids, popgeeks) and for the music they listen to (p!o!p, twee, anorak, C-86). They have their own canon of legendary bands (Tiger Trap, Talulah Gosh, Rocketship) and legendary labels (Sarah, Bus Stop, Summershine). They have their own pop stars, with who they're mostly on a first-name basis: Stephen and Aggi, Cathy and Amelia, Jen and Rose, Bret and Heather and Calvin. They've had their own zines (Chickfactor), websites (twee.net), mailing lists (the Indie pop List), aesthetics (like being TWEE AS FUCK), festivals (the International Pop Underground), iconography (hand drawings of kittens), fashion accessories (barrettes, cardigans, t-shirts with kittens on them, and t-shirts reading TWEE AS FUCK), and in-jokes (Tullycraft songs and the aforementioned TWEE AS FUCK)-- in short, their own culture. They're some of the only people in the world who remember that Kurt Cobain used to kind of be one of them, and they've been wildly generous about the moments where one of their private enthusiasms-- like, say, Belle and Sebastian-- bubbles up into the wider world of indie music.."

read more here


Wednesday, October 8, 2008

Revolusi 48 Trailer


kawan-kawan aku selalu ckp aku komunis :)
(jgnlah terlalu memuji *blushing*)

klik gmbr utk tgk trailer dia

Monday, October 6, 2008

Marile Vote Kami Kawan2 Oiiii :p

Fly FM Campur Chart 05-Oct-08

Yesterday at 7:16pm

#10 Bo – Once Again
#09 The Hans - You
#08 Zay – I am Glam
#07 Silent Scenery – Closing Chapter of a sappy story
#06 Rock N Roll John – He's In Love With You
#05 40 winks – Over You (Follow My Heart)
#04 BrokenScar – Until I Fall
#03 Transient Vortex – Touch Me
#02 Telebury – Stars Belong To Us
#01 Tempered Mental - Superstar

Artiste of The Week
BY A DUO OR GROUP – The New Romantic break up

Asian Invasion
RSP – Lifetime Respect (Japan)

kawan2, tak kasihan ke lihat kami dah jatuh 1 anak tangga :p ape kate amik masa tak sampai 2 minit bantu kami dengan vote lagu kitorg kt fly fm. just taip nama, email, tinggal kt mana, pastu vote the hans - you, pastu masuk kata laluan. simple jerk. takmo tgk band ipoh bertahan dlm carta ke kawan2 yg ku sayangi? tolong ekkkkkk :)

Ipoh Oct 2008 Flyers Update

18 Oct 2008 - DNA Piazza

20 Oct 2008 - Politeknik Ungku Omar
25 oct 08 - taiping

26 Oct 2008 - Dewan Bulan Sabit Merah

Sunday, October 5, 2008

Raya The Gig - 18 Oct 2008


my ex-band Shizuka will play at this show (er, kenapa perlu tulih redline kt tepi tuh? haha!). do come and dont forget to wearing raya clothing. wabak fefet's? lucahnya nama.. pyan, jgn lupa bawak cd The Hans utk dijual okep? :)

Friday, October 3, 2008

Belle And Sebastian - we are the sleepyheads

"Belle and Sebastian are an indie pop band formed in Glasgow, Scotland in January 1996. They have been called the greatest Scottish band ever..."

Sempena hari raya nih aku selitkan band pujaan aku. dan ini antara lagu yg aku minati. bila kene rendang dan lemang memang mengantuk. hihih!

Wednesday, October 1, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KAWAN2 :)

Photobucket

tahun ni mcm biasa, aku beraya di ipoh saja bersama famili dan kawan2. ipoh akan tetap jadi yg paling best tak kira bila2 pun :) so raya nih ramai kengkawan dari perantauan balik beraya. sgt best!! bolehla melawak mcm org gila sawan. lama tak gelak2 nih, tadi baru balik minum teh bersama beberapa org, so esok plan jenjalan la nampaknya. raya ke 5 plak kawan aku kawin. so nuar, aku ucapkan selamat pengantin baru buat ko. walaupun ko nih blur dan alien lebih, akhirnya rezeki ko nak kawin termakbul juga. alhamdulillah. raya nanti ku dtg raya dan kenduri sekali lah. buat kawan2 bloggers dan bukan bloggers, aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat korang semua. walopun tak pernah tgk muke or dah pernah tgk muka. semua juga kawan aku. gua nak susun sepuluh jari memohon kemaafan pada korang semua. zahir dan batin. mari kita meraikan hari kemenangan kita! yehaaaa!!!