Monday, October 8, 2007

Band Interview : Lydia's Diery

Interview for lydias diery take one with Botaq :

BAND LINK
IMAGICA LINK

klik untuk mendengar 2 lagu dari lydia's diery




sebelum aku memulakan interview, sila beri tujuan ko bermain music.

Aku main music sebab aku nak jadi composer n dikelilingi awek2 cun. Sebab aku tau aku tak hensem, jadi nk ngorat pompuan kena ada sumthing. So mcm orang lain cakap, music itu pemikat gadis, lantas aku bermain music. Namun sampai skng, aku masih single dan solo. Tapi aku tak give up main music, aku dah ketagih main music….. sebab aku nak convertkan imiginasi aku kepada satu benda yg boleh didengar kat sume orang. Aku tak nak imiginasi aku takde value. So, supaya ada value, aku kena tukarkan imiginasi aku ke produk. Bile dah ada produk, barulah orang leh nampak apa dalam kepala otak aku………

okies.. sila beri sedikit tentang latar belakang lydias diery, demo, ep, kompilasi, gig (sila beri dengan detail tak kurang dari 350pp)

Lydias Diery dulu nama dia Fake Plastic Hair atas alasan 1st line up kami dulu 3 orang bandmate dia kepala botak. So, main atas stage sume pakai rambut palsu. So dinamakan Fake Plastic Hair. Then, tukar nama ke Lydias Diery pasal orang nyampah tgk kami pakai rambut palsu atas stage. Diorang cakap mcm pondan. So, kami rasa malu…. Nak bunuh diri tak nak, so kami tukar nama ke Lydias Diery. Dpat nama Lydias Diery tu pasal kami jumpa diari kat cafeteria kat UiTM dulu. So, terus tukar nama Lydias Diery dengan imej baru bersama line up baru.

Lydias diery main music alternative rock or dengan erti kata lain modern rock. Kami tak reti pasal arrangement music sangat, so kami emphasize more on melody rather than the music it self. Konsep kitorang a “simple music with a catchy melody.

So far, kami takde proper record lagi. Sume nya live record. Kami dah kuar demo live record sebanyak 2 demo jeee (Tuesday – 1st demo, Jackass 2nd demo) . Kalau nak order kontek aku di talian 0173170625

Kami pernah join 1 kompilasi je so far yg dibuat oleh Chaotic Heart Record i.e FREE YOUR MIND compilation volume 1.

Biography kami:

Fake Plastic Hair – Fakh (vocal), Luqman (bass), Lee Ja (drum), Botaq (gitar)

Lydias Diery 2004 – Aus (Gitar), Botaq (Gitar/Vocal), Lee Ja (Drum), Krul (bass)

Lydias Diery 2005 – Aus (Bass), Lee Ja (drum), Botaq (vocal/gitar), Asrap (gitar)

Lydias Diery 2007 – Dzul (bass), Applin (drum), Botaq (gitar/vocal), Asrap (gitar)

Line up lama kitorang tukar2 pasal ada yg malu pasal isu rambut palsu tu, n ada gak yg dah jadi artis rakaman skng.

bagaimana yg kau paham tentang modern rock? Sebab modern rock nih dikecam jugak dikalangan pendengar2 indie rock di usa kerna modern rock ini dikatakan satu jenis genre yg tak perlu ada.

Modern rock adalah sama je mcm alternative rock. Isitilah modern rock ni cuma diberi oleh stesen radio bagi senang mulut diorang nak mengklasifikasi lagu rock klasik ngn rock zaman baru. Kekadang DJ radio tu tak tau nak mengklasifikasikan music tu, diorang labelkan music tu modern rock. Kebanyakan music modern rock ni adalah bersifat radio friendly… ia tak terlalu keras tak terlalu lembut.

Cth music emo, nu metal tu salah satu kategori modern rock lah. bagi aku, satu touch up baru dalam rock klasik adalah satu modern rock.

Pasal orang cakap, genre music modern rock ni tak perlu ada ni, errr,,,,, aku kurang setuju. Music kena ada evolution….. Nnt orang akan muak balik2 dengar music yg sama sepanjang hidup. So, innovation dalam music kena ada.

pembabitan kau dlm imagica music yg byk membantu band2 yg baru nak mengalami pengalaman berhibur di depan crowd nampaknya dah memberi satu jalan atau platform untuk bebudak ini lebih kehadapan. Adakah imagica akan terus menjalankan kegiatan sebegini atau ianya akan menjadi seperti indah khabar dari rupa?

Teruskanlah…….. takkan tak nak teruskan plak. Sume orang ada imiginasi… apabila diorang telah tukarkan imaginasi ke satu produk utk didengar, diorang seharusnya diberi platform biarpun dalam kelompok yg kecik yg mendengar. Imaginasi adalah satu benda yg ada value. Kite sume kena appreciate.

Imaginasi gak adalah satu magik. Kalau tak kerana imaginasi, kite takkan dapat dengar lagu2 sedap skng ni…… tak magic ke tu? Wahahahahahahaha!!!!!!!

So, bile orang dah berusaha utk menghasilkan satu imaginasi ke produk yg leh didengar, kite kenalah kasi platform kat diorang. N then, biarlah diorang belajar selebihnya sndrik utk menjual produk magic diorang tu.

crowd makin kurang, crowd lebih suka clubbing dari pegi gig. Adakah ini disebabkan crowd hanya suka pegi bile ada festival music saja? Atau crowd memang dah boring dengan gig2 kecik nih. Sila beri pendapat.

Knp orang tak pergi gig? Kalau aku, aku tak pergi gig pasal aku tiada tarikan kat gig tu. Gig tak semestinya hanya dendangkan music semata n air mineral. Gig adalah entertainment. So sediakan entertainment yg betul2 memuaskan hati orang yg datang ke gig.

Gig mungkin akan lebih meriah sekiranya ada benda lain yg menarik seperti booth jual barang2 yg meriah, pameran jual gitar ke, cd2 murah, booth majalah, tempat yg selesa, air cond kuat….

Skng ni, yg aku tgk, orang akan datang ke art fest yg ada music n tmpat2 terbuka main gig. Macam rantai event buat tu…. Pasal apa? Sebab kat sana ada mcm2….. orang leh dengar music, orang leh shopping, orang leh bersosial.

Sosial tu yg paling penting kot!!!! Sebab bile ada social baru la orang nak datang. Kalau gig kecil2 nak social pun takleh. Sebab diorang tak leh jadi setan sepenuhnya. Kelompok yg datang ke gig pun kekadang tak cecah 60 orang. Camne nak gadis2 nak menari2 / mosh ngn bebas??? Diorang sure malu. Tapi kalau kat disko, diorang leh menari tonggek2 tak ingat. Sebab ramai orang kat sana n also ramai gadis yg g clubbing. So diorang kena berusaha kuat utk menarik perhatian lelaki. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAA!!!!!!

Ntah leeee…..aku tak tau sangat pasal apa.

Kalau nak buat gig besar2 mcm aku cakap tu, tak mampu kot organiser nak buat, kalau nak cari sponsor pun, ia takkan menjadi sesuatu yg kerap berlaku seperti clubbing. Clubbing adalah aktiviti yg ada tiap2 malam. Tapi gig, mana ada tiap2 malam?

Aku rasa laaa……

soalan pervert.. main music perlu ada rupa/seksi tak?

Tak perlu…….. ko nak show imaginasi ko kat orang bukan badan. Unless imaginasi ko atas pentas ko memang seksi n ko convertkan imaginasi aksi ko tu atas pentas, maka ia jadilah keseksian pentas. Mcm gun roses atas stage, CUKUP seksi……. Dia tukarkan gaya dia ke seksi…… bukannya pakaian.

ape perancangan lydias diery untuk tahun yg akan dtg nih, dgr cerita agak besar jugak project yg bakal dtg, dengan pembabitan pelbagai kompilasi.

Mana ada……….. takde apa2 projek…….. tgh tunggu projek kompilasi ko la. (bukan aku punye, pyan punye la! – ed)

bagaimana dgn persiapan untuk soundstage ROTTW? Korang semua dah ready dgn lagu2 yg bakal menarik perhatian juri dan pendengar?

Kami tak jadi masuk………. Drummer kami kena ke jepun.

jika diberi satu permintaan untuk melihat konsert, band ape yg korang nak tgk sgt2?

Gun n roses.

soalan aneka ragam :

a.lagu yg baru je ko tgh dengar skarang nih

AWAS daripada KRU.

b.zine terakhir yg ko penah baca.

Come To The Sabbath issue 2

c.gitar idaman kau dan adakah dh dapat?

Belom dapat. Gaji ciput. Goden 12 string

.

apekah plan imagica music pada tahun hadapan?

Art Exihibition ngn Jemari Team. Itu sahaja. Lain takda…..

soalan pembunuh : BILA KO NAK RECORD HA!

Bila dah ada duit secukupnya……. Bile drummer aku pencen jadi pilot.

orait geng.. ape yg ko nak lepaskan untuk soalan terakhir nih, aku bagi peluang. Sila promote diri sendiri! :)

saya nak tour satu malaya....organiser tolonglah kasi kami gig!!.........aku tak larat main gig sndrik…SEKIAN! :)


2 comments:

pjoe said...

rasanya pernah main satu stage dgn diorang
hehe

p/s - meh interview aku pulak
hahaha
gurau je dude

selamat hari raya!

Elly Rocker said...

bole je joe.. tapi bg lagu ko..aku nak dgr dulu.. bole? promote kawan2, tarak hal punye